Anda di sini

Taufan ETA sebabkan 150 mati atau hilang di Guatemala

Advertisement
 Penduduk mengangkut motosikal di atas sebuah bot di kawasan yang dilanda banjir selepas Taufan Eta melanda Panzos, Alta Verapaz, 220 kilometer utara Guatemala. — Gambar AFP
BANJIR: Penduduk mengangkut motosikal di atas sebuah bot di kawasan yang dilanda banjir selepas Taufan Eta melanda Panzos, Alta Verapaz, 220 kilometer utara Guatemala. — Gambar AFP

BANDAR GUATEMALA: Kira-kira 150 orang sama ada telah meninggal dunia atau masih belum diketahui ke-adaan mereka di Guatemala disebabkan oleh gelongsoran lumpur berpunca dari ribut Eta yang sangat kuat, telah menimbus sebuah kampung sepenuhnya, kata Presiden Alejandro Giammattei kelmarin.

Angka itu adalah tambahan kepada kira-kira 20 orang yang meninggal dunia di tempat lain di Amerika Tengah sejak Eta melanda Nicaragua pada Selasa lepas sebagai ribut taufan.

Giammattei berkata satu unit tentera telah tiba di perkampungan utara Queja untuk memulakan usaha menyelamat.

“Satu laporan awal dari tentera menyatakan 150 rumah telah tertimbus dengan 100 orang maut,” katanya.

Giammattei menambah bahawa satu lagi gelongsoran lumpur di bahagian timur laut Huehuetenango, di sempadan dengan Mexico, telah menyebabkan 10 orang terkorban.

“Kami telah mengira antara kematian dan mangsa yang hilang dan jumlah tidak rasmi  menunjukkan kira-kira 150 kematian,” ujarnya.

Beliau menggambarkan situasi di Queja sebagai “kritikal”, dengan hujan lebat berterusan turun dan menyebabkan gelongsoran lumpur baharu, sementara jalan raya masih lagi tersekat.

Kira-kira 2,500 orang di kawasan penduduk asli Mayan yang miskin telah kehilangan harta benda mereka dalam timbunan lumpur.

Eta yang bergerak melalui Amerika Tengah, meninggalkan kematian dan kemus-nahan selepas serangannya sejak kali pertama ia meng-gegarkan Nicaragua sebagai taufan Kategori 4.

Dua hari kemudian ia telah meninggalkan Honduras sebagai ribut tropika, walaupun peramal cuaca memberi amaran ia akan menjadi kuat semula kepada ribut tropika ketika ia menuju ke Cuba.

Cuba mula mengambil langkah kelmarin bagi me-ngurangkan impak Eta yang dijangka tiba pada Ahad.

Di sebalik Eta telah mulai kehilangan kekuatannya, Pusat Hurikan Negara AS terus memberi amaran mengenai “banjir kilat yang membahayakan nyawa” di beberapa bahagian di Amerika Tengah.

Ribut itu telah membawa hujan lebat yang menyebabkan banjir teruk di Nicaragua, Honduras, Guatemala, Costa Rica, El Salvador dan Panama. — AFP

Advertisement