Anda di sini

Penyerang gereja di Nice dipindahkan ke Paris

Advertisement
 Polis mengiringi ambulans yang membawa Brahim Aouissaoui di Nice kelmarin menjelang laporan bahawa dia akan dipindahkan ke Paris untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialaminya ketika melancarkan serangan bersenjatakan pisau di Basilika Notre-Dame   pada 29 Oktober lepas. — Gambar AFP
PINDAH: Polis mengiringi ambulans yang membawa Brahim Aouissaoui di Nice kelmarin menjelang laporan bahawa dia akan dipindahkan ke Paris untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialaminya ketika melancarkan serangan bersenjatakan pisau di Basilika Notre-Dame pada 29 Oktober lepas. — Gambar AFP

NICE: Seorang pendatang Tunisia yang ditembak dan mengalami kecederaan serius selepas membunuh tiga orang dalam serangan bersenjata-kan pisau di sebuah gereja Perancis pada bulan lepas telah diterbangkan kelmarin dari bandar selatan Nice ke Paris untuk rawatan.

Brahim Aouissaoui, 21, telah diterbangkan di bawah kawalan ketat ke lapangan udara Le Bourget di utara ibu kota Perancis, menurut sumber lapangan terbang.

“Dia telah pergi dan bagi kami ia adalah satu kelegaan,” Michel Fuentes, setiausaha agung kesatuan kakitangan perubatan FO Sante, memberitahu AFP.

Kakitangan di hospital CHU Pasteur yang merawat Aouissaoui telah menyuara-kan “kebimbangan” me-ngenai kehadirannya di sana, katanya, sambil menambah bahawa bagi ramai orang ia mengingatkan semula sera-ngan pengganas ke atas bandar itu empat tahun lepas yang menyebabkan 86 maut dan ramai lagi cedera.

Pada minggu lepas Pe-rancis telah menaikkan amaran serangannya kepada paras paling tinggi selepas Aouissaoui membunuh tiga orang di Nice, dalam sera-ngan yang ketiga seumpamanya dalam tempoh hanya lebih sebulan.

Serangan berlaku dua minggu selepas pemenggalan kepala guru Sejarah Samuel Paty oleh seorang pelarian Chechen berusia 18 tahun kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajarnya semasa sesi pelajaran mengenai kebebasan bersuara.

Aouissaoui tiba di Eropah dari Tunisia pada September, sampai di Perancis dengan menyeberangi Mediterranean ke Itali dan kemudian merentasi ke Perancis melalui jalan darat.

Dia telah ditembak beberapa kali oleh polis selepas amukannya. — AFP

Advertisement