Anda di sini

Protes penutupan COVID-19 di Slovenia bertukar ganas

Advertisement
 Anggota polis menangkap penunjuk perasaan yang bertelingkah dengan polis           semasa protes terhadap sekatan pergerakan COVID-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan                             di Ljubljana kelmarin. — Gambar AFP
HURU-HARA: Anggota polis menangkap penunjuk perasaan yang bertelingkah dengan polis semasa protes terhadap sekatan pergerakan COVID-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan di Ljubljana kelmarin. — Gambar AFP

LJUBLJANA: Tunjuk pe-rasaan menentang penutu-pan Slovenia akibat COVID-19 mencetuskan beberapa keadaan paling ganas yang pernah dilihat oleh negara itu sejak sekian lama, apabila polis bertindak dengan gas pemedih mata dan meriam air untuk meleraikan orang ramai.

Perhimpunan di ibu negara Ljubljana, yang dianjurkan oleh aktivis yang memanggil diri mereka sebagai cabang kumpulan siber Anonymous di Slovenia, bermula lewat petang dan menyebabkan beberapa kecederaan dan tangkapan apabila penunjuk perasaan bertelingkah de-ngan polis.

Beberapa ratus orang berhimpun di depan bangunan parlimen Slovenia, dan ada yang menyerang polis yang memberi amaran kepada mereka bahawa perhimpu-nan awam dilarang kerana penutupan COVID-19.

Penunjuk perasaan melontar botol, mercun, batu dan bom asap ke arah polis yang membalas dengan gas pemedih mata, semburan lada dan meriam air.

Sewaktu pertelingkahan dan rusuhan yang berte-rusan di beberapa tempat di bahagian tengah Ljubljana selama lebih dua jam, seorang jurugambar turut cedera, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

POP TV swasta melaporkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala ketua polis Ljubljana, Stanislav Vrecar, memberitahu pemberita “kira-kira 10 anggota polis” cedera ringan, kebanyakannya disebabkan oleh batu yang dilontarkan ke arah mereka.

“Pada jam 7 malam, polis berjaya memulihkan ketenteraman dan undang-undang di Ljubljana,” kata Vrecar, yang menambah 10 penunjuk perasaan ditahan.

Sementara Slovenia tidak begitu terkesan daripada gelombang pertama COVID-19 pada awal tahun ini, pada bulan lepas, kerajaan meng-arahkan penutupan kedua untuk cuba mengekang pe-ningkatan jangkitan yang menyaksikan jumlah kes keseluruhan melepasi 41,000 di negara dengan penduduk seramai dua juta itu.

Langkah yang diambil termasuk perintah berkurung, sekatan perjalanan dan penutupan sekolah dan kedai tidak penting dan tidak perlu. — AFP

Advertisement