Anda di sini

Jacinda Ardern kekal PM New Zealand

Advertisement
 Jacinda Ardern (tengah) menghadiri majlis mengangkat sumpah bersama kabinetnya di Rumah Kerajaan di Wellington semalam. — Gambar AFP
ANGKAT SUMPAH: Jacinda Ardern (tengah) menghadiri majlis mengangkat sumpah bersama kabinetnya di Rumah Kerajaan di Wellington semalam. — Gambar AFP

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Ja-cinda Ardern mengangkat sumpah bagi penggal kedua semalam, manakala keputusan muktamad pilihan raya menunjukkan kemenangannya yang besar adalah jauh lebih besar daripada apa yang disangkakan sebelum ini.

Pemimpin berkarisma itu dan jemaah menterinya mengangkat sumpah jawatan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Maori dalam satu majlis di Rumah Kerajaan, Wellington.

“Saya hanya akan menyata-kan bahawa mereka yang duduk di meja ini adalah Aotearoa New Zealand,” kata Ardern, sambil menghulurkan tangannya kepada pasukan yang dihimpunkannya, di mana wanita dan kaum Maori diwakili dengan mantap.

“Mereka secara kolektif mewakili pelbagai perspektif yang berbeza, bakat yang amat besar, pengalaman yang amat tinggi dan, seperti apa yang anda mungkin jangka-kan pada sebarang waktu krisis, komitmen yang amat besar untuk berkhidmat kepada negara ini.”

Ardern, 40, mengguna-kan kejayaannya memerangi COVID-19 untuk mendapatkan majoriti luar biasa pada pilihan raya 17 Oktober lalu, dengan memimpin Parti Buruh yang berhaluan kiri tengah untuk mencatatkan kemenangan terbesarnya sejak Perang Dunia II.

Keputusan muktamad yang dikeluarkan semalam menunjukkan Ardern memenangi 50.1 peratus undian, naik daripada 49.0 pada malam pilihan raya, untuk memberikannya 65 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 120 kerusi, dan bukannya 64.

Pembangkang utama Parti Nasional menyaksikan ke-rusinya dikurangkan daripada 35 kepada 33, yang mendorong pengarah kempen Gerry Brownlee untuk meletak jawatan sebagai timbalan ketua parti.

Ardern berkata beliau menerima mandat yang jelas untuk melakukan pembaharuan, tetapi keutamaannya adalah membendung pandemik COVID-19 dan membina semula ekonomi yang dirosakkan oleh virus itu.

Pandemik sekarang me-rupakan satu daripada siri darurat yang menguji ke-pimpinan Ardern pada penggal pertama yang amat buruk, selepas beliau mencatatkan kemenangan yang tidak dijangkakan dalam pilihan raya 2017 dengan bantuan gelombang sokongan yang digelar “Jacinda-mania”.

Beliau mempamerkan empati dan tindakan tegas ke atas kawalan senjata api selepas seorang pendokong ketuanan kulit putih membunuh 51 jemaah Islam dalam serangan ke atas masjid di Christchurch pada tahun lepas.

Ardern sekali lagi mendapati diri menenangkan negara yang terkejut apabila satu letusan gunung berapi di Pulau White, juga dikenali sebagai Whakaari, mengorbankan 21 orang dan menyebabkan puluhan lagi mengalami ke-lecuran yang dahsyat.

Sementara dipuji bagi peng-urusan krisis, Ardern dikritik pada penggal pertama kerana gagal menunaikan janji pen-ting seperti memperbaiki perumahan mampu milik, melindungi alam sekitar dan mengurangkan kemiskinan kanak-kanak.

Sejak pilihan raya lepas, Ardern telah membayangkan beliau mahukan pembaharuan, tetapi tidak pada kadar yang akan mengasingkan pengundi berhaluan tengah yang memberikan sokongan kepada Parti Buruh sewaktu pilihan raya.

“Kita mesti memastikan kita mewakili semua mereka yang memilih kita, sama ada mereka menduduki kerusi bandar, kerusi luar bandar, kerusi umum atau kerusi Maori,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau telah mengumumkan tindakan ke atas projek infastruktur termasuk penambahan perumahan kerajaan dan lebih banyak tenaga diperbaharui, selain keazaman untuk menangani isu seperti perubahan iklim, kemiskinan dan keadaan yang tidak sama rata.

Edward Elder, seorang felo pengajar khusus dalam komunikasi politik di Universiti Auckland, berkata Ardern kemungkinan akan menggunakan pendekatan “penambahan” kepada reformasi.

“Ia sebenarnya bergantung kepada apa yang kerajaan Buruh fikir mereka dapat laksanakan untuk mewujudkan perubahan jangka panjang, bukannya melampaui batas keupayaan, berdepan dengan tindak balas yang keras, dan melihat Parti Nasional masuk selepas 2023 dan hanya membatalkan semua keputusan mereka,” katanya. — AFP

Advertisement