Anda di sini

‘Bikin Filem’ papar realiti pembikinan filem kini ditayang di Astro First

Advertisement
 

DI sebalik kejayaan dan kegemilangan sesebuah filem, terdirinya bakat-bakat kreatif yang sentiasa berusaha menghasilkan karya yang terbaik. Hakikatnya, bukan mudah untuk menghasilkan filem dan setiap proses tersebut kurang diketahui oleh orang ramai di luar sana.

Bagi memberi peluang kepada penonton untuk menyelami suka duka keadaan yang harus dihadapi pihak produksi, Astro Shaw bawakan sebuah filem terbaru, berjudul ‘Bikin Filem’ yang akan mendedahkan realiti dalam pembikinan filem.

Filem komedi arahan Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler, akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 bermula semalam.

Bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang menghiburkan, malah setiap watak digerakkan dengan begitu baik oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Kamarool Yusoff, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.

Penerbit ‘Bikin Filem’, Mohamad Zubir Badarshair daripada Empire Film Solution berkata, “Idea menghasilkan ‘Bikin Filem’ adalah mahu orang ramai menonton sendiri bagaimana proses sesebuah filem itu diterbitkan sehinggalah ia ditayangkan di pawagam dan ia bukan satu perjalanan yang mudah.

“Filem adalah sebagai medium hiburan kepada penonton, tetapi sejauh mana masyarakat, mengetahui perjalanan sesebuah filem itu dihasilkan.

“Banyak cabaran yang terpaksa dilalui, seperti faktor kewangan, keadaan cuaca dan melayan kerenah pelakon.

“Biarpun ia dilihat sebagai sebuah filem komedi, tetapi filem ini secara keseluruhannya ia memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.

“Bagi yang menonton ‘Bikin Filem’, kami yakin ia akan membuka mata lebih ramai pihak agar tidak memberikan kritikan yang keterlaluan terhadap sesebuah filem yang dihasilkan.

“Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan mereka yang melaluinya saja dapat memahaminya.”

‘Bikin Filem’ mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai.

Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut.

Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem ‘Bikin Filem’ yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Advertisement