Anda di sini

Pilihan raya wajib diadakan selepas DUN Sarawak tamat 6 Jun 2021

Advertisement
Asfia menunjukkan Perlembagaan Negeri Sarawak mengenai tempoh DUN Sarawak. - Gambar Chimon Upon
Asfia menunjukkan Perlembagaan Negeri Sarawak mengenai tempoh DUN Sarawak. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan terbubar dengan sendirinya apabila tempoh semasa DUN tamat pada 6 Jun 2021. 

Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata ada kekeliruan mengenai tarikh tepat tempoh DUN tamat. 

Jelas beliau mesyuarat pertama DUN selepas PRN Ke-11 adalah pada 7 Jun 2016 justeru penggal DUN tamat dalam tempoh lima tahun iaitu pada 6 Jun 2021. 

“Di bawah Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak, sama ada COVID-19 atau tidak, mesti diadakan pilihan raya. Ia adalah wajib. 

“Sama ada parti politik bersedia atau tidak, pilihan raya mesti diadakan selepas tempoh DUN tamat dengan sendirinya,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Jawatankuasa DUN di sini, hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Asfia turut memaklumkan tempoh perlantikan beliau sebagai Speaker dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi. 

Lanjutan tempoh perlantikan tersebut dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atas nasihat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. 

Asfia merupakan Speaker paling lama dilantik bagi jawatan tersebut dari tahun 2000 selepas dilantik sebagai Timbalan Speaker selama lima tahun pada 1995. 

  • oleh
  • Advertisement