Anda di sini

Lelaki jatuh pengsan disahkan meninggal dunia ketika keluarkan wang

Advertisement
SUPT. KASIM MUDA
SUPT. KASIM MUDA

BELURAN: Seorang lelaki jatuh pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang berurusan mengeluarkan wang di sebuah kedai di Pekan Telupid, tengahari Rabu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata mangsa dikenali sebagai Jasliy Dariau, 53, sedang berurusan untuk mengeluarkan wang daripada kedai terbabit yang merupakan agen BSN.

“Semasa mangsa berurusan tiba-tiba telah rebah di atas lantai dan tidak sedarkan diri dalam kejadian lebih kurang jam 12.38 tengahari,” katanya.

Beliau berkata pelanggan yang melihat kejadian telah menghubungi Klinik Kesihatan Telupid untuk mendapatkan bantuan.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Kasim berkata pemeriksaan Covid-19 turut dijalankan ke atas mayat mangsa dan mendapati keputusannya negatif.

“Makluman awal dari keluarga mangsa mendapati simati menghidap penyakit darah tinggi dan mengikut rekod ini merupakan kejadian kali ketiga diserang stroke,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal menolak kemungkinan adanya sebarang unsur jenayah dalam kes ini.

“Walau bagaimanapun, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat,” katanya.

Kasim berkata kes terbabit diklasifikasi sebagai Kes Mati Mengejut.

  • oleh
  • Advertisement