Anda di sini

Cawangan jualan dan servis terbaru Scania di Kuching kini dibuka

Advertisement
Cawangan Baru Jualan dan Perkidmatan oleh Scania Malaysia di Kuching, Sarawak, kini dibuka. Cawangan ini dipimpin oleh Phang Yee Fong, Pengurus Wilayah di Wilayah Timur (depan, kedua dari kiri) bersama dengan pasukan beliau.
Cawangan Baru Jualan dan Perkidmatan oleh Scania Malaysia di Kuching, Sarawak, kini dibuka. Cawangan ini dipimpin oleh Phang Yee Fong, Pengurus Wilayah di Wilayah Timur (depan, kedua dari kiri) bersama dengan pasukan beliau.

KUCHING: Cawangan jualan dan servis terbaru Scania Malaysia di Kuching, Sarawak kini dibuka. Cawangan ini beralamat di Lot 935, Lorong Demak Laut, 7A Jalan Demak Laut 7, Demak Laut Industrial Park, 93050 Kuching, Sarawak. Ini merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan dalam negeri dan juga merupakan cawangan jualan dan servis kedua selepas Bintulu.

"Kami telah mendengar maklum balas daripada pelanggan. Oleh itu kami telah melabur di Sarawak dengan pembukaan cawangan terbaru di Kuching. Bertempat di pusat rangkaian pengangkutan negeri, kami memberi jaminan servis yang menyeluruh dan baik untuk para pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara Marie Sjödin Enström.

"Selari dengan temasya 50 tahun Scania bertapak di Malaysia tahun hadapan, cawangan terbaru di Kuching membawa jumlah 12 bengkel seluruh negara untuk memenuhi keperluan pengangkutan umum and kargo di Malaysia," sambung Marie.

Cawangan jualan dan servis terbaru ini dipimpin oleh Phang Yee Fong, ‘Regional Manager of East Region’. Beliau dibantu oleh ‘Solution Sales Executive’, ‘Workshop Manager’, ‘Service Technicians’ dan lain-lain. Mereka menerima latihan berterusan dari segi perkembangan kaedah terbaru dan teknologi terkini. Bengkel ini mempunyai 3 pelantar yang dilengkapi dengan alat diagnostik, 'lifting columns' dan peralatan lain yang standard untuk memastikan trak, bas, dan koc persiaran/ekspres yang datang mendapat servis penyelenggaraan yang berkualiti. ‘Asia Parts Centre’ yang terletak di Singapura membantu untuk memastikan ketersediaan alat ganti di seluruh Sarawak dipenuhi.

Perkhidmatan kewangan ditawarkan oleh Scania Credit Malaysia memberi pembiayaan yang fleksibel dan solusi insuran yang di sesuaikan untuk memberi kos yang boleh diramalkan dan risiko terkawal. Di sini, Pakar Kredit kami Bersama Mansang Logistics, pelanggan New Truck Generation  XT yang pertama dari Sarawak yang mengunakkan  perkhidmatan kewangan Scania.
Perkhidmatan kewangan ditawarkan oleh Scania Credit Malaysia memberi pembiayaan yang fleksibel dan solusi insuran yang di sesuaikan untuk memberi kos yang boleh diramalkan dan risiko terkawal. Di sini, Pakar Kredit kami Bersama Mansang Logistics, pelanggan New Truck Generation XT yang pertama dari Sarawak yang mengunakkan perkhidmatan kewangan Scania.

"Kami mempunyai rangkaian trak, bas dan koc persiaran/ekspres serta servis yang terbesar bagi menyesuaikan dengan setiap operasi," kata Yee Fong.

"Para pelanggan kami sentiasa mempercayai kecekapan bahan api ‘New Truck Generation’. Model XT kami pula dapat berfungsi di persekitaran yang mencabar. Pelanggan kami akan terus mendapat keuntungan dari pendekatan penyelesaian menyeluruh jika ditambah dengan kontrak ‘Repair and Manintenance’, bantuan tepi jalan, alat ganti, ‘Data Driven Services – Fleet Management System’, latihan serta bimbingan untuk pemandu dan ‘Scania Financial Services’.

"Tahniah kepada Scania Malaysia kerana telah membuka cawangan jualan dan servis terbaru di Kuching. Kami amat ternanti-nantikan sokongan selepas jualan Scania yang akan memberi kami liputan rangkaian yang lebih luas," kata pelanggan setia Scania, Pengarah High Tackle Sdn Bhd Caleb Wong.

Pelanggan sedia ada Scania di Sarawak adalah seperti Biaramas Express, PLSH, UiTM, Jurukin, Persafe, Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pendaftaran Mahkamah Bergerak dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Pelanggan kami akan terus mendapat keuntungan dari pendekatan penyelesaian total jika ditambah dengan kontrak pembaikan dan penyelenggaraan, bantuan tepi jalan, alat ganti, perkhidmatan berdasarkan data sistem pengurusan armada, latihan serta bimbingan untuk pemandu dan Scania Financial Services. Ini akan menghasilkan ‘uptime’ dan jumlah ekonomi operasi terbaik.
Pelanggan kami akan terus mendapat keuntungan dari pendekatan penyelesaian total jika ditambah dengan kontrak pembaikan dan penyelenggaraan, bantuan tepi jalan, alat ganti, perkhidmatan berdasarkan data sistem pengurusan armada, latihan serta bimbingan untuk pemandu dan Scania Financial Services. Ini akan menghasilkan ‘uptime’ dan jumlah ekonomi operasi terbaik.

"Saya sangat gembira kerana Scania akhirnya membuka cawangan di Kuching atas permintaan kami. Jika kami mengikut jadual penyelenggaraan yang betul, kami akan mendapat 'uptime' yang maksimum untuk kesemua koc ekspres kami secara tetap," kata Pengurus Besar Biaramas Express Sdn Bhd Lai Sin Kiong.

"Hal ini juga merupakan sebahagian daripada cara kerja Scania Ecolution untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam operasi kami," sambung Lai.

Sebagai perintis dalam penyelesaian pengangkutan mampan, tumpuan strategik syarikat ini adalah untuk memberi keuntungan kepada pelanggan.

"Kami akan terus meneroka kemungkinan pembaharuan bahan api dan elektrikfikasi di Sarawak. Sarawak adalah negeri yang kaya dengan persekitaran semula jadi dan keterbiasaan menjalani kehidupan lestari bersama alam semula jadi. Saya teruja menantikan pengukuhan kerjasama lestari di sini," komen Marie.

Pasukan terlatih ini akan menerima latihan berterusan dari segi perkembangan terbaru kaedah dan teknologi. Bengkel ini mempunyai 3 pelantar yang dilengkapi dengan alat diagnostik, 'lifting columns' dan peralatan lain yang standard untuk memastikan trak, bas, dan bas persiaran yang datang mendapat penyelenggaraan yang berkualiti.
Pasukan terlatih ini akan menerima latihan berterusan dari segi perkembangan terbaru kaedah dan teknologi. Bengkel ini mempunyai 3 pelantar yang dilengkapi dengan alat diagnostik, 'lifting columns' dan peralatan lain yang standard untuk memastikan trak, bas, dan bas persiaran yang datang mendapat penyelenggaraan yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zamani Ridzwan (Che’ Zam), Ahem Ideas Sdn Bhd
Phone: +60 12-879 9920.  E-mail: [email protected] 

Nursolehatun Nafisah Muhd Dahalan, Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi
Scania Southeast Asia
Phone: +6012-370 8763 Email: [email protected]

Ditubuhkan pada tahun 1891, Scania merupakan peneraju penyelesaian pengangkutan dunia termasuk trak dan bas untuk aplikasi pengangkutan berat digabungkan dengan penawaran servis berkaitan produk yang luas. Scania juga peneraju penyelesaian kuasa terkemuka untuk marin dan enjin perindustrian. Sebagai perintis dalam penyelesaiaan pengangkutan lestari, tumpuan strategik syarikat ini adalah kepada keuntungan pelanggan. Syarikat ini memiliki rangkaian bahan bakar lestari dan elektrifikasi yang merangkumi gas semula jadi, minyak sayuran yang dirawat secara hydro, bioetanol, biogas, biodisel, ke kenderaan automatik dan kenderaan hibrid 'plug-in' serta kenderaan elektrik-bateri.

Scania mempunyai 52,000 bilangan kakitangan yang beroperasi di sekitar 100 buah negera. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ltertumpu di Sweden sementara pengeluaran beroperasi di Eropah, Asia dan Amerika Selatan dengan kemudahan pertukaran global dari segi komponen dan kenderaan lengkap. Ibu pejabat Scania terletak di Södertälje, Sweden.

Scania mula beroperasi di Malaysia pada awal tahun 1970an, menyokong sektor logistik, pembinaan dan perkhidmatan awam, pengangkutan barangan serta orang setiap hari di serata negara. Kini Scania (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai seramai 300 orang pekerja yang menawarkan kemampuan dalam penjualan, pembaikan danpenyelenggaraan, bantuan tepi jalan, alat ganti, perkhidmatan berdasarkan sistem data pengurusan armada, serta latihan dan bimbingan untuk pemandu. Syarikat ini mempunyai 12 buah bengkel berdedikasi. Beberapa juru teknik juga ditempatkan di tempat pelanggan untuk memenuhi keperluan pengangkutan awam dan kargo negara. Scania Asia Parts Centre yang meyokong operasi di rantau berpusat di Singapura. Scania juga menyediakan perkhidmatan kewangan dan insuran melalui Scania Credit (Malaysia) Sdn. Bhd.

Scania meraikan 50 Tahun Pertama in Malaysia 1971 - 2021 dan akan terus maju mendorong ke arah sistem pengangkutan lestari di dalam negara ini lima puluh tahun yang akan datang dan seterusnya.

Ikuti kami di www.scania.com.my, www.facebook.com/scania.malaysia.sdn.bhd, www.linkedin.com/company/scaniamalaysia, www.instagram.com/scaniamalaysia 

Advertisement