Anda di sini

Budak tiga tahun cedera diserang anjing jiran di Bau

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki luka teruk di kepala setelah diserang seekor anjing milik jirannya di Kampung Sri'ieng, Jalan Stass di Bau, hari ini. 

Menurut ibu mangsa, Marie Luciana Jirem, 23, anaknya yang baharu berusia tiga tahun itu sebelum kejadian sedang bermain seorang diri di halaman rumah mereka. 

"Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi ketika dia sedang bermain di halaman rumah kami. 

"Secara tiba-tiba anjing milik jiran kami menyerang dan menggigitnya sehingga luka teruk di kepala," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Tambahnya, sebaik sahaja mendengar tangisan anaknya itu, dia bergegas ke luar rumah dan mendapati anaknya berlumuran darah di kepala akibat digigit anjing terbabit. 

Jelasnya lagi, selepas itu dia segera membawa anaknya ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan. 

Justeru, Marie berharap insiden yang menimpa anaknya itu menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan haiwan peliharaan. 

Tambahnya, Majlis Daerah Bau giat mengesan anjing terbabit yang telah lari. 

  • oleh
  • Advertisement