Anda di sini

Dua rookie tumpaskan idol mereka di konsert pertama Vokal Mania

Advertisement
__alt__

KONSERT pertama Vokal Mania telah pun bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, minggu lepas. Tirai konsert tersebut dibuka dengan persembahan Aisha Retno menumpaskan Tomok yang dikatakan ‘playsafe’ oleh juri tetap, Yusry Abdul Halim.

Selain itu, dinilaikan 70% daripada undian penonton melalui www.xtra.com.my/vokalmania dan 30% daripada Juri Tetap, Aisha Retno turut memenangi Rookie Star Award yang pertama. Pada konsert itu juga, Alif Kadim berbekalkan suara dan bakat besarnya, menumpaskan Aina Abdul ketika persembahan duet mereka.

Keputusan Yusry itu dianggap tidak adil oleh warganet, namun Yusry telah  bersedia untuk dikecam peminat-peminat Aina Abdul atas keputusannya pada pusingan itu.

Menurut Yusry, “Pertarungan antara Aina Abdul dan Alif Kadim adalah satu pertarungan yang sengit. Perbalahan saya dan Misha Omar berlarutan sehingga selesai bersiaran. Ia adalah kerana, pada asalnya Misha lebih menggemari persembahan Aina Abdul, namun setelah kami berbincang secara menyeluruh, kami bersepakat untuk memilih Alif Kadim sebagai pemenang atas pelbagai aspek. ‘Stage presence’ dan keyakinan Alif memang lebih terasa, sebelum Aina mula ‘belting’ dengan nada tingginya. Oleh itu, pertarungan mereka itu seperti antara dua profesional, dan ianya amat sukar untuk kami buat keputusan.”

Dua Idol lain, Lan Solo dan Indah Ruhaila pula berjaya menewaskan Rookie yang mencabar mereka, Wafariena dan Tuah Adzmi.

Ulangan konsert pertama Vokal Mania boleh ditonton di YouTube TV3Malaysia: https://www.youtube.com/watch?v=O-ISQOKKD1M

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman.

Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap. Walau bagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata. Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan.

Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing dan menangi wang tunai dari hadiah terkumpul bernilai RM80,000.

Program ini turut mendapat sokongan penaja bersama Mamee London Roll, “Enak di makan, mudah dinikmati setiap masa” dan Domino’s Pizza, “Aneka pilihan untuk semua” serta rakan-rakan media digital OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur, juga rakan radio Hot FM.

Nantikan episod kedua Vokal Mania di kaca televisyen anda pada malam ini. Siapakah Idol yang yang akan dicabar oleh Nuha Bahrin, Daniesh Suffian, Razak A’ai dan Fiera?

Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada jam 9 malam, di TV3! Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysia untuk info lanjut. Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan #vokalmania.

Advertisement