Anda di sini

Perjuangan hak sivil masih relevan sama seperti dahulu: Regina King

Advertisement
 

FILEM ‘One Night in Miami’ arahan Regina King menyelami tekanan hebat yang diberikan kepada ikon-ikon hitam,  Muhammad Ali, Malcolm X, Sam Cooke dan Jim Brown di kemuncak perjuangan hak sivil pada zaman 1960an – ketegangan yang masih berleluasa sekarang, kata pengarahnya.

Filem itu, yang menceritakan tentang drama dalam satu pertemuan sebenar dalam bilik motel di antara keempat-empat warga gergasi  Afrika-Amerika itu, telah mengadakan tayangan pandu lalu di luar Los Angeles pada minggu lepas sebagai sebahagian daripada AFI Fest anjuran Institut Filem Amerika.

Ketika dia memperkenalkan filem itu menerusi video pada tahun yang telah menyaksikan protes besar-besaran berhubung kematian orang hitam akibat keganasan polis, dan hanya dua minggu sahaja sebelum pilihan raya di Amerika Syarikat, King, bintang ‘Watchmen’, berkata dia harap filem cereka pertamanya “akan memberi inspirasi kepada perbualan anda sendiri di luar skrin”.

“Banyak perkara yang sedang dibincangkan di dalam filem ini adalah relevan pada hari ini seperti 60 tahun lalu,” kata King, yang diramalkan oleh segelintir pihak akan menjadi wanita hitam pertama untuk dicalonkan bagi anugerah pengarah terbaik di Anugerah Oscar pada tahun depan.

Filem itu berpaksikan satu perdebatan hangat di antara ketua hak asasi sivil Malcolm X dengan penyanyi soul Cooke berhubung kebencian terhadap lelaki hitam yang berjaya, dan kewajipan yang diletakkan ke atas mereka.

“Ruang tiada lagi bagi sesiapa ... untuk berdiri di atas pagar lagi,” jerit Malcolm X.

“Orang kita mati secara harfiah di jalanan setiap hari. Orang hitam mati setiap hari. Dan satu batas mesti ditentukan.”

Penerbitan filem itu dihentikan seketika disebabkan oleh pandemik koronavirus – yang turut memaksa kebanyakan AFI Fest diadakan dalam talian – tetapi bintang-bintangnya bergegas untuk menamatkan adegan terakhir ekoran protes berhubung pembunuhan George Floyd oleh polis.

Aldis Hodge, yang membawa watak legenda NFL Brown, berkata ia adalah masa yang amat tepat sekali bagi filem itu dikeluarkan “mengambil kira tahun yang kita alami”.

Filem itu berlatarbe-lakangkan waktu selepas kejayaan pertama Ali memenangi kejuaraan heavyweight tinju ke atas Sonny Liston pada 1964.

Tidak sampai setahun kemudian, Malcolm X dan Cooke meninggal dunia.

Leslie Odom Jr, anggota barisan pelakon asal dari pementasan Broadway yang hit “Hamilton” dan membawa watak Cooke, memberitahu audiens bahawa dia tidak pernah menyelidiki pembunuhan penyanyi itu kerana dia “mahu mengemukakan seorang lelaki yang penuh dengan kehidupan”.

“Itulah yang menjadi kekecewaan – dia masih ada begitu banyak benda untuk dibuat,” katanya.

Kingsley Ben-Adir berkata dia mengamalkan pemakanan sushi dan merokok untuk menguruskan diri dan menjadi Malcolm X “yang lemah dan kecewa”.

Pelakon ‘Peaky Blinders’ dari Britain itu dijangka akan bertanding dalam kategori anugerah pelakon terbaik bagi filem itu pada awal tahun depan.

Filem itu akan ditayangkan di pawagam terpilih pada Hari Natal sebelum ia dilancarkan di Amazon Prime pada 15 Januari. — AFP

Advertisement