Anda di sini

Orang ramai geledah gudang makanan kerajaan di Nigeria

Advertisement
 Orang ramai membawa balik barang makanan dari sebuah gudang makanan yang digeledah di Jos, Nigeria. — Gambar AFP
PENUHI STOK: Orang ramai membawa balik barang makanan dari sebuah gudang makanan yang digeledah di Jos, Nigeria. — Gambar AFP

JOS: Beribu-ribu orang telah menggeledah dan menjarah sebuah gudang makanan kerajaan di Jos, tengah Nigeria, kelmarin, ketika satu gelombang ketegangan melanda di negara paling ramai penduduk di Afrika, menurut seorang wartawan AFP.

Selepas penjarahan berlaku di Lagos dan Ede di barat daya negara, kumpulan orang ramai menyerbu sebuah gudang besar di Jos yang menyimpan bekalan bertujuan untuk pengagihan semasa kawalan pergerakan yang dilaksanakan bagi mengawal pandemik virus.

Bagaimanapun, keadaan agak tenang kelmarin di Lagos, di mana satu perintah berkurung yang ketat  dilakukan pada Selasa lepas di bandar paling besar di Afrika telah diringankan semasa keganasan selama seminggu turut berkurangan.

Balai polis telah dibakar, pasar raya dijarah dan kenderaan dimusnahkan semasa keganasan memuncak di sekitar hab ekonomi  mempunyai 20 juta penduduk, dengan pihak berkuasa menuduh “penyangak” mengambil kesempatan di atas kekecohan tersebut.

Mafeg Pam, yang tinggal di Jos, menyatakan gudang di sana telah disimpan dengan makanan yang sepatutnya diagihkan pada Mac dan April.

“Maka semasa kawalan pergerakan mereka telah menyembunyikan makanan. Saya membayangkan apakah jenis kerajaan yang kami miliki sekarang. Ramai orang yang meninggal dunia akibat kelaparan,” menurut beliau.

Seorang lagi penduduk Jos, Mohammed Ibrahim, menambah: “Mereka menyembunyikan makanan ini sejak kawalan pergerakan. Maka sekarang mereka seharusnya mengongsikannya.”

Menjelaskan bahawa harga makanan yang meningkat buat masa sekarang, beliau bertanya: “Bagaimana orang dari golongan keluarga  miskin akan mampu meneruskan hidup?” — AFP

Advertisement