Anda di sini

Ibu pejabat DAP Miri dipecah masuk

Advertisement
Keadaan dalam ibu pejabat DAP Miri yang dipecah masuk.
Keadaan dalam ibu pejabat DAP Miri yang dipecah masuk.

MIRI: Ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri yang turut menempatkan Pusat Khidmat DAP Pujut di Krokop di sini dipecah masuk individu tidak dikenali.


Kejadian tersebut disedari Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hii yang pergi ke pusat tersebut sekitar jam 10 pagi hari ini.

Hee berkata, semasa sampai beliau mendapati pintu diumpil dan dalam keadaan terbuka.
“Apabila masuk saya dapati barang terutama di atas meja pejabat dalam keadan berselerak.”

“Pemeriksaan lanjut mendapati beg komputer riba berwarna hitam, pembesar suara dan wang tunai RM20 hilang,” kata Hee dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencuri dipercayai masuk melalui tingkap tandas.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement