Anda di sini

Gadis 21 tahun terselamat rumah musnah terbakar

Advertisement
Anggota Bomba berusaha memadamkan api yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Belimbing, Padawan.
Anggota Bomba berusaha memadamkan api yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Belimbing, Padawan.

KUCHING: Seorang gadis sempat menyelamatkan diri selepas rumah didiaminya terlibat dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, gadis berusia 21 tahun yang berada di rumah semasa kebakaran itu berjaya keluar untuk menyelamatkan diri. 

"Dalam kejadian kebakaran yang dilaporkan sekitar jam 10.49 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas Bomba, kejadian itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat telah musnah dalam kebakaran di Kampung Darul Islam Berlimbing, Padawan.

Menurutnya, berdasarkan maklumat Komander Operasi bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan yang tiba dilokasi, rumah jenis separuh kekal dengan berkeluasan dianggarkan 1,200 kaki persegi itu telah terbakar 100 peratus.

"Operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran dua pancutan dan satu aliran bantu mula air dari pili bomba.

"Keadaan terkawal sepenuhnya dari sebarang bahaya dan operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari," ujarnya. 

Punca kebakaran masih dalam sisatan Unit Forensik Bomba .

  • oleh
  • Advertisement