Anda di sini

Satu pek beras 5kg untuk penderma darah pada 1 Nov

Advertisement
 Bryant (empat kanan) bersama ahli dan ahli jawatankuasa PBSM Miri bergambar dengan hadiah tajaan untuk penderma darah pada 1 November ini.
SERTAI KAMI: Bryant (empat kanan) bersama ahli dan ahli jawatankuasa PBSM Miri bergambar dengan hadiah tajaan untuk penderma darah pada 1 November ini.

MIRI: Satu pek beras 5kg akan diberikan kepada setiap penderma darah yang terlibat dalam kempen anjuran Kelab Lions Miri Host pada 1 November ini.

Presidennya Bryant Chin berkata, penderma yang berjaya juga akan menerima sumbangan makanan berupa biskut serta minuman.

Aktiviti turut mendapat kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Tabung Darah Hospital Miri bertema ‘Give Hope, Give Blood, Give Life.’

“Saya mengajak penderma darah di Miri untuk terlibat dalam aktiviti ini sebagai membantu menambah bekalan darah di Tabung Darah, “ jelasnya.

Beliau memberitahu, aktiviti diharap dapat menampung  bekalan darah untuk Tabung Darah di Sabah yang turut memerlukan sokongan ramai sekarang.

Chin berkata, aktiviti akan diadakan di PBSM di Jalan Bulan Sabit bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

“Kita juga menampung kos penganjuran aktiviti ini termasuk makanan untuk sukarelawan yang bertugas,” jelasnya.

Advertisement