Anda di sini

Rombongan TLDM dari Kuching santuni anggota mangsa kebakaran di Pasai Siong

Advertisement
 Anggota TLDM menyampaikan sumbangan kepada anggotanya yang hilang tempat tinggal dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.
RINGANKAN BEBAN: Anggota TLDM menyampaikan sumbangan kepada anggotanya yang hilang tempat tinggal dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.

SIBU: Satu rombongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Kuching melawat tiga anggotanya yang merupakan mangsa kebakaran dua blok rumah panjang iaitu Rumah Jelian Nayor dan Rumah Douglas Langi, Pasai Siong Tengah, baru-baru ini.

Menurut kenyataan medianya semalam, lawatan yang diadakan pada Khamis lalu itu diketuai oleh Pegawai Wakil Tentera Laut  (PWTL) Kuching Lt Mohd Ismail Yakub.

Pihak TLDM turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga anggota TLDM yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Sumbangan ikhlas tersebut berupa pakaian terpakai, makanan dan wang sagu hati adalah hasil sumbangan pegawai dan warga PWTL Kuching, Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching dan sumbangan daripada Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) melalui derma kilat yang telah dilaksanakan.

Salah seorang anggotanya, Siba Rentap berkata beliau amat terharu dengan sumbangan terutamanya kehadiran pihak TLDM yang diwakili oleh PWTL Kuching.

“Saya sangat terharu kerana kedatangan daripada pihak tuan, mengimbau kembali kenangan ketika saya dalam perkhidmatan.

“Saya tidak menyangka keprihatinan TLDM yang tinggi terhadap anggotanya sehingga sanggup datang dari jauh dari Kuching serta tidak melupakan anggota yang telah bersara,” katanya.

Turut hadir Pegawai PSS Lt Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Advertisement