Anda di sini

PKPD: Tidak perlu pasang kawat berduri di penjara dan kuarters 

Advertisement
 Habibi turun memantau keadaan di pos kawalan polis PKPD Kuarters Staf Jabatan Penjara di Taman Mat Salleh, Kepayan, bersama Pemangku Pengarah Jabatan Penjarah Sabah Nora Musa.
PANTAU: Habibi turun memantau keadaan di pos kawalan polis PKPD Kuarters Staf Jabatan Penjara di Taman Mat Salleh, Kepayan, bersama Pemangku Pengarah Jabatan Penjarah Sabah Nora Musa.

KOTA KINABALU: Tidak ada keperluan memasang kawat berduri di Penjara Kepayan dan Kuarters Staf Jabatan Penjara di Taman Mat Salleh kerana sudah sedia ‘tertutup’.

Suasana di kedua-dua tempat itu disifatkan berbeza dengan lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) lain yang terletak di kawasan terbuka tanpa pagar.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata walaupun penjara dan kuarters terbabit tidak dipasang kawad berduri, namun situasi terkawal.

“Kedua-dua kawasan PKPD ini tertutup dan berpagar, malah cuma ada satu sahaja jalan keluar masuk yang membolehkan kerja-kerja kawalan berjalan sebaiknya,” katanya.

Habibi berkata demikian semasa meninjau situasi kawalan polis PKPD di pintu keluar masuk utama Kuarters Staf Jabatan Penjara di Taman Mat Salleh, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata statistik kes COVID-19 sehingga Sabtu menunjukkan seramai 1,153 banduan penjara dan 12 staf Jabatan Penjara yang sudah dikesan positif.

“PKPD diisytiharkan di penjara dan kuarters terlibat dari 21 Oktober hingga 3 November dan kawalan dibuat dengan jalinan kerjasama erat daripada Jabatan Penjara,” katanya.

 Tidak ada keperluan untuk memasang kawad berduri kerana hanya ada satu pintu keluar masuk dan kawasan sekeliling di Kuarters Staf Jabatan Penjara di Taman Mat Salleh Kepayan sudah sedia berpagar. 
TERTUTUP: Tidak ada keperluan untuk memasang kawat berduri kerana hanya ada satu pintu keluar masuk dan kawasan sekeliling di Kuarters Staf Jabatan Penjara di Taman Mat Salleh Kepayan sudah sedia berpagar. 

Misalnya, kerjasama dengan Jabatan Penjara itu dilakukan polis di pos kawalan pintu keluar masuk utama kuarters untuk mengenalpasti identiti individu di kawasan terbabit.

Menurutnya, hanya staf Jabatan Penjara yang bertugas sahaja dibenarkan keluar masuk, manakala ahli keluarga staf terlibat dan orang lain tidak diizinkan keluar dari kuarters.

“Setakat semalam juga, seramai 557 orang dilaporkan dijangkiti COVID-19 di Kota Kinabalu dengan 434 daripadanya adalah dari Kluster Penjara Kepayan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement