Anda di sini

Orang ramai berarak di Sudan bantah kematian penunjuk perasaan

Advertisement
 Penunjuk perasaan berkumpul beramai-ramai menghalang laluan ke jambatan Mansheiya di Khartoum. — Gambar AFP
MERUSUH: Penunjuk perasaan berkumpul beramai-ramai menghalang laluan ke jambatan Mansheiya di Khartoum. — Gambar AFP

KHARTOUM: Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak di Sudan kelmarin bagi hari ketiga berturut-turut, menuntut keadilan untuk seorang lelaki yang terkorban ketika tunjuk perasaan sebelum ini melibatkan satu krisis ekonomi yang semakin mendalam, menurut seorang koresponden AFP.

Bantahan bermula Rabu lepas di bandar utama Khartoum di Sudan dan bandar terdekatnya Omdurman.

Sudan berdepan satu peralihan yang goyah di bawah satu pentadbiran gabungan tentera-orang awam sejak penggulingan presiden Omar al-Bashir pada April 2019, namun ia telah berdepan dengan masalah ekonomi yang teruk dan harga barangan pengguna yang melonjak naik.

Pada Rabu lepas, seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun telah ditembak mati oleh pihak polis dan sekurang-kurangnya 14 orang lagi tercedera, menurut kepada sebuah jawatankuasa doktor dikaitkan dengan satu pergerakan bantahan yang membawa kepada kejatuhan Bashir.

Pada Jumaat lepas, Pertubuhan Profesional Sudan, satu pakatan kesatuan dagangan yang mengetuai tunjuk perasaan menentang Bashir, menyeru kepada rali-rali tersebut agar menuntut keadilan bagi penunjuk perasaan yang terkorban.

Para penunjuk perasaan telah menghalang akses ke sebatang jambatan utama di Blue Nile, dan mendirikan pusat pemeriksaan sementara di atas jalan raya dengan menggunakan batu.

Mohammed Hassan, seorang penunjuk perasaan yang menjaga sebuah pusat pemeriksaan, menyatakan mereka hanya akan membuka semula jambatan itu sekiranya orang yang bertanggungjawab bagi pembunuhan penunjuk perasaan telah diberkas.

“Sekiranya kerajaan ingin jambatan itu dibuka semula... ia harus menangkap dia,” menurut Hassan.

Ayman Nimr, gabenor Khartoum, menyeru pada Khamis lepas bagi satu siasatan mengenai kematian tersebut.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, keluarga mangsa mengumumkan sokongan mereka buat penunjuk perasaan, dan menyatakan keluarga tersebut hanya akan menemui “kedamaian melalui hukuman yang adil.”

Satu kekurangan mata wang yang kronik di Sudan telah membawa kepada barisan panjang untuk makanan ruji dan minyak, serta pemotongan tenaga selama enam jam sehari.

Kadar inflasi mencecah 212 peratus pada bulan lepas, melemahkan pembelian kuasa bagi penduduk biasa Sudan.

Sementara itu, agensi berita negara Suna menyatakan Sudan dan Bank Dunia pada Jumaat lepas telah menandatangani di Khartoum satu perjanjian bernilai $370 juta, menjelaskan is sebagai satu geran.

Menteri Kewangan Sudan Heba Ali menyatakan $200 juta berasal dari Bank Dunia dan bakinya adalah negara-negara Eropah. — AFP

Advertisement