Anda di sini

KPM dicadang sedia kemudahan tempat tidur, keperluan asrama SMK tiada asrama

Advertisement
OTOH SIBIK
OTOH SIBIK

SANDAKAN: Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sandakan, Haji Otoh Sibik Haji Sahak mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menyediakan kemudahan tempat tidur pelajar dan keperluan asrama kepada SMK yang tidak memiliki asrama.

Justeru itu, beliau juga turut mencadangkan  agar pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)  tinggal di sekolah masing-masing.

 “Maksudnya, bagi sekolah yang tiada asrama, contohnya; di SMK Perempuan Sandakan  mempunyai 22 buah kelas yang sedia ada, dan hanya lebih kurang 5 buah kelas saja yang diperlukan dan digunakan semasa peperiksaan SPM dan STPM tahun depan.

 “Maka baki 17 buah kelas tersebut boleh digunakan sebagai tempat tinggal dan penginapan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut di atas. Apa yang diperlukan hanya disediakan katil, tempat mandi dan tempat mencuci pakaian para pelajar,” katanya.

 Beliau mengulas cadangan Kementerian Pendidikan untuk menempatkan para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM di asrama terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang berdepan masalah liputan internet.

 Otoh Sibik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Radzi Jidin di atas cadangan calon SPM dan STPM Sabah tinggal di asrama sehingga berakhirnya peperiksaan itu yang akan bermula pada 6 Januari 2021.

 “Cadangan tersebut sememangnya baik, walau bagaimanapun, ramai di kalangan ibubapa pelajar menzahirkan kerisauan dan kebimbangan mereka ke atas aspek keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka semasa berada di asrama.

 “Pada masa yang sama, banyak perkara yang  akan timbul seperti kesukaran para murid untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan environment di asrama,” katanya.

 Beliau berkata penjarakan sosial sudah pasti sukar untuk dikawal dan mereka berasa semakin cemas bahawa wabak pandemik COVID-19 yang semakin serius menular di seluruh pelusuk negeri Sabah.

 “Kesan dari wabak COVID-19 ini, mereka juga berasa kurang yakin dengan pelajar STPM dan SPM tinggal di asrama,” katanya .

 Di samping itu juga, katanya ibubapa merasakan akan timbul masalah liputan capaian internet dan telekomunikasi yang lemah dikawasan asrama tersebut dan ianya akan memberi kesan yang besar kepada pembelajaran atas talian.

 Beliau menerangkan 10 kebaikan dan kelebihan cadangannya seperti boleh guna bilik darjah atau kelas yang sedia ada, jarak fizikal yang lebih luas ruang dan selesa, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah boleh memantau dan memastikan SOP yang sangat tegas dapat diamalkan.

 “Makanan pelajar disediakan oleh pengusaha kantin, kesihatan guru yang sangat terjamin dan sangat ketat boleh dipantau oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah, ibu bapa lebih berkeyakinan kerana PIBG sekolah boleh menjadi medium memberi keyakinan dan semangat kepada ibu bapa.

 “Pematuhan SOP C19 lebih mudah dikwndalikan dalam skala yg kecil, kos operasi yang tidak membebankan kerana banyak prasarana yang sedia ada dapat dimanfaatkan, pelajar lebih selesa di sekolah masing-masing kerana sudah biasa dengan situasi serta suasana dan environment sekolah sendiri,” katanya.

 Beliau berkata senang dan mudah dipantau oleh pihak pengurusan sekolah dan guru sekolah terbabit.

“Semoga cadangan ini bermanfaat dan mendapat perhatian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement