Anda di sini

JHS akan teruskan fungsi utama dengan pematuhan kepada SOP

Advertisement
 Hamden ketika menyampaikan ucapannya pada             majlis berkenaan.
AMANAT: Hamden ketika menyampaikan ucapannya pada majlis berkenaan.

SIBU: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan meneruskan fungsi utamanya meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran ketika pandemik COVID-19.

Pengarahnya Datu Hamden Mohammad berkata, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), penggunaan teknologi merupakan alternatif bagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Namun begitu katanya, beberapa aktiviti utama jabatan masih diteruskan seperti biasa dengan mematuhi sepenuhnya kesemua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan (P&P) di-teruskan seperti biasa kerana mempunyai pelbagai kepen-tingan kepada negeri dan rakyat Sarawak.

“Ini termasuklah penggunaan teknologi Continuous Monitoring and Surveillance (COSMOS) untuk memperkasakan pelaksanaan aktiviti P&P dan yang berkaitan de-ngan penyelidikan, pemetaan serta pengawasan sempadan.

“Ini kerana pemberhentian aktiviti ini dikhuatiri akan menyebabkan pekerja kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan serta kutipan royalti dan ces tidak dapat dilaksanakan seperti biasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Zon Tengah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Menurut Hamden, bagi memantapkan pengurusan, JHS juga akan menyusun semula penempatan kaki-tangan di setiap pejabat hutan wilayah (PHW).

Hamden berkata, penstrukturan ini perlu dilaku-kan setelah mengambil kira keperluan semasa serta bebanan tugas.

“Sebagai contoh PHW Ka-pit, bilangan kakitangan sedia ada adalah tidak mencukupi kerana mereka perlu menyelia dan menguruskan kawasan dan FMU yang terbesar di Sarawak.

“Pada masa sama, penyusunan semula kakitangan ini akan memudahkan pihak pengurusan untuk melaksanakan penugasan bagi per-kembangan kerjaya mereka,” ujar beliau lagi.

JHS juga katanya, akan mengkaji dan meminda ordinan dan peraturan-peraturan yang berkenaan selaras dengan fungsi dan hala tuju baharu.

Jelasnya, kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkaitan Draf Pindaan Ordinan Hutan telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dan berharap pindaan tersebut dapat di-bentangkan semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan datang nanti.

Katanya, pindaan-pindaan terhadap peraturan hutan dan syarat pelesenan juga telah dilaksanakan dan dikemuka-kan kepada pihak Peguam Negeri (SAG) bagi penilaian lanjut.

  • oleh
  • Advertisement