Anda di sini

Rangka disyaki milik manusia dijumpai penduduk ketika periksa jerat di Bukit Rabung

Advertisement
 

BETONG: Penduduk Kampung Tabut Skrang di sini dikejutkan dengan penemuan rangka tulang dipercayai rangka manusia, malam Khamis. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, rangka itu dijumpai penduduk kampung ketika menjalankan aktiviti memeriksa jerat di kawasan hutan di Bukit Rabung, Tabut, Skrang. 

Jelasnya, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan dari Ketua Polis Balai Skrang yang memaklumkan tentang penemuan itu sekitar jam 7 malam. 

"Tulang rangka itu dijumpai orang awam yang sedang melakukan aktiviti memeriksa jerat di kawasan hutan di situ dengan jarak perjalanan dari rumah panjang Karin, Tabut, Skrang ke lokasi penemuan rangka kira-kira 20 minit. 

"Susulan dengan penemuan tersebut, gerak kerja untuk ke lokasi dibuat keesokan harinya (hari ini)," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya lagi, Bomba bersama pelbagai agensi dan orang kampung melakukan gerak kerja operasi ke lokasj pada jam 10.20 pagi dan tiba pada jam 10.39 pagi. 

Katanya, tiba dilokasi kejadian mendapati terdapat rangka tulang seperti yang dilaporkan iaitu pada jarak 1.3 kilometer dari rumah panjang iaitu di Bukit Rabung, Tabut, Skrang. 

"Rangka, baju, topi dan beg tersebut dikumpul dan dimasukkan ke dalam beg mayat dan terus dibawa ke kenderaan polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya. 

Dalam pada itu, katanya, identiti sebenar tulang terbabit belum dapat disahkan sementara menunggu laporan makmal. 
 

 
  • oleh
  • Advertisement