Anda di sini

Maut digesel pikap

Advertisement
 

KUCHING: Seorang pejalan kaki maut akibat cedera parah di kepala dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap di Jalan Baki Riih, Kampung Bantang Serian tengah hari tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kemalangan membabitkan Ngihem Tuwin @ Tuin, 72, (gambar kecil) berasal dari Kampung Bantang, Serian berlaku ketika dia berjalan menuju Pasar Baki Baru digesel pikap dipandu seorang lelaki datang dari arah belakang.

Susulan kemalangan, wanita itu dibawa ke Hospital Serian.

"Pada jam 3.05 petang mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam rawatan di zon kuning Hospital Serian akibat dari kecederaan yang dialaminya," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya lagi, polis telah melawat tempat kejadian dan mengambil gambar serta rajah kasar lokasi kemalangan. 

 Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

  • oleh
  • Advertisement