Anda di sini

Jawatankuasa pemulihan industri pelancongan negeri bakal ditubuhkan

Advertisement
 Sesi perjumpaan membincangkan usaha memperkasa industri pelancongan di Sabah.
PERJUMPAAN: Sesi perjumpaan membincangkan usaha memperkasa industri pelancongan di Sabah.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan menubuhkan satu jawatankuasa pemulihan industri pelancongan negeri. 

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai semua wakil pemain industri pelancongan bagi membincangkan serta merangka strategi pemulihan industri pelancongan negeri Sabah yang terjejas akibat COVID-19. 

Beliau berkata demikian dalam satu sesi perjumpaan dan perbincangan bersama pemain industri di Wisma Tun Fuad Stephen di sini pada Khamis. 

Turut hadir pada sesi perjumpaan berkenaan ialah Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, presiden MATTA, Datuk KL Tan, Pengerusi MATTA Sabah Chapter Lawrence Chin, Presiden Sabah Travel and Ticketing SATTA, Dato Sri Winston Liaw, Presiden Sabah Tourist Guide Association STGA, Grace Leong, Pengerusi Bertindak Malaysian Association of Hotel Sabah, Hafizan Wong, Naib Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Sabah, Terence Sak, dan Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputra Negeri Sabah, Dabalun Balau. 

Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan peruntukan kerajaan yang disalurkan khas untuk membantu industri pelancongan, kebajikan pekerja yang terkesan akibat COVID-19 dan beberapa masalah yang membabitkan industri terbabit. 

Selain menubuhkan jawatankuasa berkenaan, antara langkah yang dibawa adalah Kementerian Pelancongan akan bekerjasama dengan beberapa agensi-agensi yang berkaitan untuk memperhalusi pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh pihak pemain industri pelancongan terutamanya yang berkaitan dengan bantuan yang disalurkan kepada mereka. 

Menurut Joniston, jawatankuasa pemulihan industri itu dijangka akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada minggu hadapan. 

  • oleh
  • Advertisement