Anda di sini

Gudang, pejabat perabot musnah terbakar, lima lot kedai terjejas

Advertisement
 Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air tertutup di gudang serta pejabat terbakar.
PADAM: Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air tertutup di gudang serta pejabat terbakar.

KOTA KINABALU: Kebakaran seawal jam 6 pagi menyebabkan gudang serta pejabat kedai perabot yang mempunyai beberapa cawangan terkemuka musnah dalam sekelip mata di Jalan Lintas Kepayan di sini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi (PBT1) Jamaluddin Hussin berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan jam 6.33 pagi.

Katanya bertindak dengan kejadian pihaknya menggerakkan 20 anggota bersama beberapa jentera ke lokasi kejadian yang terletak tujuh kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

“Kebakaran membabitkan sebuah gudang perabot dan pejabat masing-masing seluas 40X100 dan 40X40 kaki persegi terbakar sepenuhnya.

“Kejadian turut melibatkan satu blok lima lot kedai dua tingkat jenis tidak kekal seluas 15X20 kaki persegi setiap satu yang terjejas sebanyak 70 peratus,” katanya.

Jamaluddin berkata pihak bomba melaksanakan operasi pemadaman menggunakan sumber air tertutup bagi mengawal kebakaran merebak lebih besar.

“Pasukan Keluaran Operasi melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan tiada punca api sebelum operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.26 pagi.

“Kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement