Anda di sini

Everrise anjur ‘1 Day Price Crush’ pada 25 Oktober ini

Advertisement
 Everrise menawarkan tawaran hebat sempena ‘1 Day Price Crush’ di beberapa outletnya.
JANGAN LEPASKAN!: Everrise menawarkan tawaran hebat sempena ‘1 Day Price Crush’ di beberapa outletnya.

KUCHING: Everrise sekali lagi menganjurkan ‘1 Day Price Crush’ pada 25 Oktober ini.

Sebagai usaha untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya atas sokongan jangka panjang, Everrise akan menampilkan pelbagai produk pada harga pasaran menarik memenuhi keperluan mereka.

Pelanggan juga berpeluang mendapat penjimatan terbaik untuk sayur dan buah-buahan segar, daging, makanan kering dan barangan runcit harian yang terpilih.

Selain itu, pelanggan juga akan menikmati tawaran yang luar biasa untuk produk isi rumah.

Pelanggan boleh menjangkakan potongan harga yang menarik untuk peralatan dapur, barangan plastik dan banyak lagi di bahagian serbaneka.

Kali ini, pelanggan akan menikmati ganjaran yang lebih berharga dan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan.

Antara outlet Everrise yang ialah di Padungan dan Batu 4 dengan waktu operasi dari jam 9.30 pagi himgga 10 malam, BDC (8.30 pagi hingga 10 malam), Pusat Beli-Belah Green Height (9.30 pagi hingga 10 malam) dan di CityONE, Plaza Merdeka serta Vivacity (10 pagi hingga 10 malam).

Maklumat lanjut, pelanggan boleh menyemak tawaran ‘1 Day Price Crush’ pada iklan 25 Oktober 2020 atau layari laman rasmi Facebook Everrise serta saluran Telegram.

Advertisement