Anda di sini

Emart anjur Pesta Bayi dan Kanak-Kanak

Advertisement
 Pesta Bayi dan Kanak-Kanak yang berlangsung di ruang legar Emart Riam.
JOM: Pesta Bayi dan Kanak-Kanak yang berlangsung di ruang legar Emart Riam.

MIRI: Kumpulan Syarikat Emart (Emart) kini mengadakan Pesta Bayi dan Kanak-Kanak di cawangan-cawangannya di Emart Tudan, Emart Riam, Emart Tabuan Jaya, Emart Matang dan Emart Batu Kawa sehingga 1 November.

Dalam kenyataan akhbarnya, terdapat sehingga 27 jenama menyertai pesta ini yang mempamerkan produk-produk dari susu susu tepung, lampin pakai buang sehingga mandian bayi dan mainan kanak-kanak.

Pada pesta ini, para ahli kad Emart juga akan menikmati diskaun dan hadiah-hadiah istimewa.

Terdapat juga baucar tunai RM5 percuma yang diberikan kepada semua ahli Emart yang membeli RM150 ke atas untuk produk-produk bayi terpilih.

 Basikal dan troli bayi dipamerkan di Emart Riam.
BERBALOI: Basikal dan troli bayi dipamerkan di Emart Riam.

Para pelanggan boleh menggunakan baucar tunai ini untuk menambah lebih banyak produk bayi semasa pesta ini.

Jadi, ibu bapa boleh mendapat penjimatan dengan menggunakan baucar ini pada produk bayi yang ditawarkan.

Selain promosi jualan, pelbagai aktiviti dan pertandingan juga akan berlangsung semasa pesta ini.

Emart kini sedang menganjurkan pertandingan foto ‘Little Shoppers,’ yang mengumpul semua bayi dari usia 0 hingga 30 bulan.

Untuk mengambil bahagian, para pelanggan hendaklah membelanja RM30 atau ke atas, ambil gambar bayi mereka dengan produk bayi yang dibeli dan dan hantar ke laman Facebook Emart Malaysia.

Foto dengan jumlah ikon ‘love’ terbanyak akan disytihar sebagai pemenang.

 Pelbagai produk bayi sedang dipromosi di Emart Tudan.
MENARIK: Pelbagai produk bayi sedang dipromosi di Emart Tudan.

Setiap pemenang akan menerima baucar Emart bernilai RM500 daripada cawangan-cawangan Emart in Tudan, Riam, Batu Kawa, Matang dan Tabuan Jaya.

Setiap cawangan akan ada satu pemenang sahaja.

Untuk menceriakan suasana, Emart telah mengundang badut untuk untuk membuat penampilan khas dan menghadiahkan belon dan makanan ringan kepada para pengunjung pada hujung minggu.

Di Miri, acara pemberian bertih jagung akan diadakan pada 24 Oktober dan 31 Oktober jam 1 hingga 5 petang di Emart Riam dan pada 25 Oktober dan 1 November jam 1 hingga 5 petang di Emart Tudan.

Acara penampilan badut akan diadakan pada 24 Oktober, 25 Oktober, 31 Oktober dan 1 November jam  4 hingga 5 petang di Emart Riam; dan pada 24 Oktober, 25 Oktober, 31 Oktober dan 1 November jam 1 hingga 2 petang di Emart Tudan.

Sementara di Kuching, acara pemberian bertih jagung akan diadakan pada 24 Oktober dan 31 Oktober jam 1 hingga 5 petang di Emart Tabuan Jaya dan 25 Oktober dan pada 1 November jam 1 petang hingga 5 petang di Emart Batu Kawa

Acara pemberian gula-gula kapas akan diadakan pada 24 Oktober dan 31 Oktober jam 1 hingga 5 petang di Emart Tabuan Jaya.

Akhir sekali, acara penampilan badut akan diadakan pada 24 Oktober, 25 Oktober, 31 Oktober dan 1 November jam 10 hingga 11 pagi di Emart Tabuan Jaya, 24 Oktober, 25 Oktober, 31 Oktober dan 1 November jam 1 hingga 2 petang di Emart Matang dan 24 Oktober, 25 Oktober, 31 Oktober dan 1 November jam 4 hingga 5 petang di Emart Batu Kawa.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman Emart Malaysia di https://www.facebook.com/EmartMY/.

Advertisement