Anda di sini

Perancis beri penghormatan kepada Paty, ikrar basmi ekstremisme

Advertisement
 Orang ramai yang bersimpati membawa gambar Samuel Paty semasa perhimpunan                 di Conflans-Sainte-Honorine, barat laut Paris kelmarin. — Gambar AFP
SIMPATI: Orang ramai yang bersimpati membawa gambar Samuel Paty semasa perhimpunan di Conflans-Sainte-Honorine, barat laut Paris kelmarin. — Gambar AFP

PARIS: Perancis memberi penghormatan semalam kepada seorang guru sejarah yang dipenggal kepalanya di sebuah bandar yang sepi di pinggir kota raya Paris, manakala Presiden Emmanuel Macron berjanji untuk mempertingkatkan usaha membasmi fahaman pelampau.

Polis sudah melancarkan puluhan serbuan, manakala kerajaan mengarahkan penutupan sebuah masjid selama enam bulan dan merancang untuk membubarkan satu kumpulan yang menyokong pemerintah Palestin, Hamas.

“Rakyat menjangkakan tindakan,” kata Macron ketika melawat sebuah bandar di pinggir Paris kelmarin. “Tindakan ini akan diper-tingkatkan.”

Samuel Paty, 47, diserang pada Jumaat lepas ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah tinggi di mana dia mengajar di Conflans-Sainte-Honorine, 40 kilometer ke barat laut Paris.

Pada petang semalam, Macron menghadiri satu acara peringatan rasmi bersama keluarga Paty dan kira-kira 400 tetamu di Universiti Sorbonne, serta menyampaikan anugerah tertinggi Perancis Legion d’Honneur kepada guru itu.

Paty telah menjadi subjek kempen kebencian dalam talian sejak beliau menunjukkan gambar kartun Nabi Muhammad SAW dalam kelas mengenai suara bebas – imej sama yang mencetus-kan serangan berdarah ke atas pegawai majalah satira Charlie Hebdo ketika ia mula-mula diterbitkan lima tahun lalu.

Tujuh tahanan, termasuk dua orang bawah umur, dibawa ke hadapan seorang hakim antiterorisme semalam untuk pendakwaan dalam kes Paty, kata sumber kehakiman kepada AFP. Sembilan orang lagi dibebaskan pada petang kelmarin.

Pembunuhnya Abdullakh Anzorov, seorang remaja berusia 18 tahun yang berasal dari wilayah Chechnya di Rusia, ditembak mati oleh polis sejurus selepas serangan berlaku.

Seorang bapa yang tidak berpuas hati dan menimbulkan kemarahan mengenai ajaran yang diberikan oleh Paty menerusi pesanan dalam media sosial telah bertukar pesanan dalam WhatsApp dengan Anzorov dalam masa beberapa hari sebelum pembunuhan berlaku.

Bahan yang dia muat naik telah dikongsikan dengan meluas, termasuk oleh sebuah masjid di bandar Pantin, pinggir utara Paris.

Ketua masjid, M’hammed Henniche, mendakwa dia berkongsi video itu kerana bimbang kanak-kanak Islam diberi tumpuan yang khusus dalam kelas.

Tetapi kerajaan ini sudah menutup masjidnya selama enam bulan, salah satu langkah paling signifikan selepas serbuan dan retorik keras selama berhari-hari.

Macron berkata, sebuah kumpulan pro-Hamas dipanggil Kolektif Cheikh Yassine akan dibubarkan kerana dibabitkan secara langsung dalam pembunuhan itu, dan menambah keputusan rasmi telah diambil di mesyuarat kabinet semalam.

Pengasas kumpulan itu yang juga radikal, Abdelhakim Sefrioui, ditahan oleh polis kerana menerbitkan sebuah video dalam YouTube yang menghina Paty.

Pembunuhan Paty merupakan serangan pisau kedua yang didakwa dilakukan dengan alasan untuk membalas dendam sejak satu perbicaraan bermula pada bulan lepas mengenai kes pembunuhan Charlie Hebdo pada 2015 apabila 12 orang, termasuk kartunis, ditembak mati kerana menerbitkan kartun tersebut.

Peranan pelantar media sosial sekali lagi menarik perhatian selepas kemarahan terhadap Paty diapi-apikan dalam Facebook.

Rakan-rakan sekerja Paty menyebut dalam satu ke-nyataan bahawa mereka amat bimbang mengenai impak rangkaian sosial, yang mereka sebut sebagai “wabak tulen” bagi profesion mereka.

Kerajaan telah berjanji untuk mewujudkan satu kesalahan jenayah baharu yang akan menghukum sesiapa sahaja yang membahayakan orang lain dengan menerbitkan maklumat mereka dalam tali-an, dan menteri mengadakan rundingan bersama ketua rangkaian sosial di Perancis kelmarin untuk membincangkan usaha memerangi “Islamisme siber”.

Pembunuhan itu telah menyaksikan curahan emosi dan solidariti di Perancis, dengan puluhan ribu orang yang menyertai rapat umum pada hujung minggu lepas di seluruh negara.

Parlimen bertafakur se-minit kelmarin dan ribuan berhimpun untuk satu per-arakan senyap sebagai penghormatan kepada guru itu di Conflans-Sainte-Hono-rine pada sebelah malam. — AFP

Advertisement