Anda di sini

Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini 377,541, kematian 12,959

Advertisement
 

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 4,432 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 377,541 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 301,006 pesakit dinyatakan telah sembuh dari jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 164,346 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 102 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 12,959 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 98,206 kes, dengan tambahan 989 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,619 orang, diikuti Jakarta (2,105), Jawa Tengah (1,630) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA

Advertisement