Anda di sini

Serangan siber, AS dakwa enam perisik tentera Rusia

Advertisement
 Poster menunjukkan gambar enam pegawai perisik tentera Rusia dipamerkan sebelum sidang media di Jabatan Kehakiman di Washington, kelmarin. — Gambar AFP
DIDAKWA: Poster menunjukkan gambar enam pegawai perisik tentera Rusia dipamerkan sebelum sidang media di Jabatan Kehakiman di Washington, kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin meng-umumkan enam pegawai perisik tentera Rusia didakwa berkaitan beberapa serangan siber di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

“Tertuduh dan rakan sekutu mereka menyebabkan kerosakan dan gangguan pada rangkaian komputer di seluruh dunia, termasuk di Perancis, Georgia, Belanda, Republik Korea (Korea Selatan), Ukraine, United Kingdom, dan AS,” kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, sasaran mereka antara lain adalah grid kuasa elektrik Ukraine, pilihan raya Pe-rancis 2017, Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, hospital AS dan kemudahan-kemudahan perubatan.

Dakwaan tersebut menuduh defendan melakukan konspi-rasi, penggodaman komputer, penipuan wayar, pencurian identiti dan pendaftaran nama domain palsu.

Kenyataan itu juga me-nyatakan salah seorang de-fendan dalam dakwaan ini sebelumnya telah didakwa kerana disyaki memainkan peranan dalam pilihan raya AS 2016. — Bernama

Advertisement