Anda di sini

PDRM dan Pejabat Kesihatan Mukah jayakan program bersama komuniti

Advertisement
 Matsukarmi menyerahkan cenderamata kepada Fridah sambil disaksikan tetamu yang lain.
TERIMALAH: Matsukarmi menyerahkan cenderamata kepada Fridah sambil disaksikan tetamu yang lain.

MUKAH: Seramai 150 orang menghadiri Program Sepakat Komuniti Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan Rantaian COVID-19 di Dewan MPG Mukah semalam.

Antara pengisian program adalah ceramah mengenai jenayah oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengenai kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Mukah.

Ceramah mengenai jenayah telah disampaikan Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah Inspektor Ebeni Mohamad.

Sementara ceramah mengenai kesihatan disanpaikan Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah Patricia Elisha Jonoi.

Majlis penutupan disempurnakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Fridah Osman Adenan.

Fridah dalam ucapannya mengingatkan para hadirin agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia apabila berada di mana-mana kawasan awam.

“Kita juga perlu menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan, menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup separuh muka ketika berada di kawasan awam,” ujarnya.

Pada masa sama, Pengurus Stesen Mukah Power Generation (MPG) Abbas Salimi Madon juga mahu warga MPG mematuhi SOP dan peraturan yang telah diwartakan.

Ini kerana pihaknya juga tidak mahu berlaku berlaku apa-apa jangkitan atau kejadian tidak diingini melibatlan COVID-19.

Turut berucap Pegawai Penerangan Daerah Balingian Matsukarmi Suani.

Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Residen Mukah Ismail Kasah.

Advertisement