Anda di sini

IoT diperluas dalam bidang pertanian negeri

Advertisement
 Jakaria (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan (dari kiri) Hafiz, Sahat dan Ahmad di Dewan Kampung Patiambun, Limbang kelmarin.
TERIMA KASIH: Jakaria (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan (dari kiri) Hafiz, Sahat dan Ahmad di Dewan Kampung Patiambun, Limbang kelmarin.

LIMBANG: Penggunaan sistem Internet untuk Segala-galanya (IoT) dalam pertanian moden bukan sahaja ditumpukan di bandar besar, malah turut diperluas ke setiap bahagian dan daerah di seluruh negeri termasuk Limbang.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi daerah Limbang sebahagian daripada Stesen Pertanian Kubong yang kini dalam pembinaan akan dibangunkan sebagai kawasan pertanian pintar dengan menggunakan sistem fertigasi.

“Kita akan bangunkan 18 Sistem Pelindung Hujan (SHP) di Stesen Pertanian Kubong dengan menggunakan teknologi terkini ‘Internet Of Things’ di kawasan fertigasi,” katanya ketika ditemui media selepas Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) Siri Ke-6 Bagi Kawasan DUN Bukit Kota di Dewan Kampung Patiambun dekat sini, kelmarin.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Limbang Mohd Hafiz Kipli, Pegawai Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Bahagian Limbang Jakaria Ramli, Penghulu Sahat Bagol dan Ketua Kampung Patiambun Ahmad Mail.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi, daerah Limbang dalam proses pembangunan ke arah pertanian moden.

 Menurutnya, banyak projek pertanian, penternakan dan perikanan telah dilaksanakan di daerah Limbang sekali gus melonjakkan industri pertanian di wilayah utara Sarawak.

“Kerajaan turut memberi tambahan kepada peruntukan program baharu Dana Fasilitasi Pertanian yang sedia ada.

“Pada 2019 kita mendapat RM3.5 juta tambahan dan ditambah lagi sebanyak RM3 juta pada tahun ini bagi DUN Bukit Kota,” katanya.

Beliau optimis untuk tempoh lima tahun akan datang aktiviti pertanian di DUN Bukit Kota khususnya dan di Parlimen Limbang akan dapat ditingkatkan, sekali gus menjana pendapat golongan petani di daerah itu.

  • oleh
  • Advertisement