Anda di sini

COVID-19: Tiada kes baharu dilaporkan di Sarawak hari ini

Advertisement
Statistik kes COVID-19 di Sarawak setakat Rabu.
Statistik kes COVID-19 di Sarawak setakat Rabu.

KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal 769.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata,  pada hari ini juga Daerah Kuching, Bintulu dan Lubok Antu kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 21 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daripada 21 kes jangkitan tempatan itu, katanya, 15 kes adalah di Daerah Kuching, lima kes di Daerah Bintulu dan satu kes di Daerah Lubok Antu.

“Ini menjadikan jumlah daerah yang masih berstatus Kuning adalah kekal dengan tiga buah daerah dan 37 buah daerah yang lain di Sarawak kekal berada dalam status Hijau.

“Hari ini juga tiada kluster baharu dikesan. Bagaimanapun terdapat dua kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Bah Arnab di Kuching dan Kluster Putra di Bintulu,” kata JPBNS menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan terdapat empat kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. 

“Kesemua kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj ini adalah dari Hospital Umum Sarawak (HUS). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID- 19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 709 orang atau 92.20 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya, jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 41 orang iaitu 27 kes di wad pengasingan di HUS, tujuh kes masing-masing di Hospital Miri dan Hospital Bintulu.

“Tiada kes COVID-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini.  Tiada juga kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kematian adalah kekal seramai 19 orang atau 2.47 peratus,” katanya.

Mengenai orang di bawah siasatan (PUI) JPBNS berkata sebanyak 12 PUI baharu telah dilaporkan dengan lima PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal  hari ini.

Manakala seramai 255 orang di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk ke hotel untuk menjalani kuarantin.

Dari segi laporan notis, kompaun dan sitaan pula, JPBNS berkata, polis Sarawak telah mengeluarkan empat kompaun melibatkan tiga di Daerah Miri dan satu di Betong.

“Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 53 amaran lisan, bertulis dan sitaan di kawasan seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, sebanyak 1,421 premis telah dilakukan sementara sebanyak 1,755 buah kenderaan diperiksa dalam lapan sekatan jalan raya Op Benteng di lima daerah iaitu Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan  Lubok Antu,” katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement