Anda di sini

Belia wajar bergiat aktif dalam politik, kata Baru

Advertisement
 Baru (empat kiri) menerima bendera PSB pada program bersama pengundi PSB baru-baru ini.
SOKONG PSB: Baru (empat kiri) menerima bendera PSB pada program bersama pengundi PSB baru-baru ini.

LAWAS: Golongan belia memainkan peranan dalam mengubah landskap politik Sarawak sekiranya mereka bergiat aktif dalam senario politik semasa.

Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian berkata, pembabitan mereka akan mengubah pemikiran masyarakat dalam ruang lingkup yang lebih besar dan pemahaman mengenai politik di negara ini, sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia.

“Idea-idea orang muda ini akan meningkatkan kemajuan politik misi dan visi khususnya bagi Parti Sarawak Bersatu (PSB) lebih maju dan dalam merealisasikan impian harapan rakyat ke arah Sarawak Baharu,” katanya pada Majlis Bersama Pengundi dan Penyokong PSB di Ba’Kelalan, Long Semadoh Naseb dan Long Sukang Sentral di daerah Lawas baru-baru ini.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata lagi, gabungan pemimpin muda dan lama seperti pesara kerajaan akan memberi peluang kepada mereka bertukar fikiran dan pengalaman untuk berjuang dalam perjuangan parti.

“Saya juga berasa seronok melihat penglibatan golongan pesara dalam usaha kita untuk mendapatkan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab dalam parti kita.

“Ini membuktikan kesungguhan kita yang sangat yakin untuk memimpin kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN),” tambahnya.

Baru memberitahu, para pengundi bagi DUN Ba’Kelalan kini sudah matang dan bijak dalam membuat sebarang keputusan terutama sejajar dengan perjuangan PSB untuk Sarawak baharu dan impian baharu.

Jelasnya, sudah sampai waktunya bagi penduduk Sarawak untuk membuat dan mengambil langkah perubahan yang berani termasuk di konstituensi Ba’Kelalan tidak akan terlepas daripada apa yang direncanakan sekiranya PSB diberi kesempatan untuk memerintah negeri ini.

Advertisement