Anda di sini

Bekenu bakal pengeluar kelapa pandan terbesar

Advertisement
 Dr Abdul Rahman (berdiri, sembilan kiri) sambil diiringi Hafriz dan Rosey bersama beberapa beberapa ketua masyarakat semasa melawat kebun kelapa pandan di Kampung Rancha Rancha di Bekenu, kelmarin.
BERHASIL: Dr Abdul Rahman (berdiri, sembilan kiri) sambil diiringi Hafriz dan Rosey bersama beberapa beberapa ketua masyarakat semasa melawat kebun kelapa pandan di Kampung Rancha Rancha di Bekenu, kelmarin.

MIRI: Kampung Rancha Rancha di Bekenu bakal menjadi pengeluar kelapa pandan yang terbesar di utara negeri ini, menjelang tahun 2022, kata Menteri Muda Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Skim perladangan kelapa di sini dijangka mampu menghasilkan 32,000 buah kelapa setiap bulan atau 1,200 setiap hari yang dapat menjana pendapatan lumayan kepada 60 peserta.

“Sebiji buah kelapa ini mampu mencecah harga sehingga RM10 pada kadar premium di tempat-tempat tertentu seperti Mulu tetapi harga terus dari ladang ialah RM2.50 sebiji dan ini bermakna peserta dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan bagi setiap ekar kebun kelapa pandan mereka,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada para peserta program perladangan kelapa pandan seara komersial semasa mengadakan lawatan kerja ke Bekenu kelmarin.

Dr Abdul Rahman semasa lawatannya turut melahirkan rasa terkejut kerana tanaman yang ditanam pada suku terakhir 2018 itu kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda berbunga atau mahu menghasilkan buah.

Pemimpin projek tersebut Arbi Jukin memberitahu, kesungguhan penduduk kampung yang tinggi dengan membaja tanaman mereka pada setiap bulan dan bukannya tiga bulan sekali seperti yang disarankan Jabatan Pertanian Miri dipercayai menjadi faktor kepada kesuburan tanaman tersebut.

Malah ia mulai berbunga lebih awal daripada jangkaan jabatan berkenaan yang mengunjurkan pengeluaran pada 2022.

Dr Rahman berkata, Jabatan Pertanian akan membina pusat pengumpulan yang dijangka siap pada 2022 untuk membantu petani memasarkan produk mereka.

Pada masa yang sama, kerajaan juga akan berusaha memperbaiki jalan ladang dan pengairan serta perparitan, untuk mengusahakan baki 30 peratus lagi tanah seluas 40 hektar untuk projek kebun kelapa itu.

Jabatan ini akan melakukan pembersihan kawasan dan input ladang lain selama empat tahun pertama manakala para peserta bertanggungjawab untuk penyelenggaraan ladang.

Menteri muda itu mem-beritahu lagi, bahawa pihak-nya juga akan menerima permintaan untuk membiakkan semula udang galah di tiga batang sungai di daerah Subis iaitu Sungai Subis, Sungai Niah dan Sungai Suai, sambil berharap projek itu dapat dimulakan pada bulan Di-sember tahun ini.

Ketika ini harga udang galah di pasaran tempatan mencecah RM70 hingga RM100 sekilogram.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman bersama Menteri Muda Pembangunan Wanita, Keluar-ga dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Pegawai Pengembangan Pertanian Bahagian Miri Hadriz Razak melepaskan 25,000 benih ikan lampam jawa ke Sungai Sibuti di Kampung Rancha Rancha.

Dr Rahman berkata, Sarawak akan memanfaatkan sebaiknya potensi tasik empangan hidro-elektrik di negeri ini untuk meningkatkan pengeluaran ikan, untuk dieksport dengan melaksanakan penternakan ikan dalam sangkar dalam skala besar-besaran.

“Kita sudahpun mengeks-port ikan tilapia dari Batang Ai dan tasik Bakun dan projek ternakan ikan dalam sangkar yang sama akan diperkenal dan dilaksanakan di (empangan hidroelektrik) Murum dan kemudian Balleh,” tambahnya.

Dr Abdul Rahman berkata projek itu seiring dengan rancangan kerajaan negeri pimpinan GPS untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan utama menjelang tahun 2030 dengan penekanan kepada pengembangan pertanian, ternakan dan perikanan darat.

Beliau menambah, Rosey selaku wakil rakyat kawasan itu telah melakukan kerja dengan baik dalam membawa pembangunan untuk rakyatnya di Bekenu dan berhak mendapat sokongan mereka untuk meneruskan misi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka selain pembangunan infrastruktur fizikal di daerah tersebut.

  • oleh
  • Advertisement