Anda di sini

Golongan muda digalak menceburi bidang pertanian

Advertisement
 Dr Abdul Rahman semasa Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Pantai Damai di Kuching.
HADIR: Dr Abdul Rahman semasa Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Pantai Damai di Kuching.

KUCHING: Golongan muda terutama ahli Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) sangat digalakkan menceburi bidang pertanian yang kini sudah menjadi satu perniagaan yang membawa pulangan menguntungkan.

Timbalan Presiden SABERKAS Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sekarang pertanian tidak hanya tertumpu kepada konsep tradisional sebaliknya sudah dinaik taraf dengan penggunaan teknologi moden.

Menurutnya, ia memberi gambaran pertanian sekarang lebih moden dan mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak serta berkualiti untuk memenuhi permintaan semasa.

“Dengan menggunakan cara pertanian tepat melalui komputer, petani dapat mengeluarkan hasil tanaman berkualiti dan segar,” katanya pada Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Pantai Damai di sini, malam Jumaat lalu.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan SABERKAS Cawangan Pantai Damai yang baharu.

“Dalam tempoh tiga tahun, kita semua harus bekerjasama menggerakkan cawangan dan unit di Pantai Damai bagi membangunan belia,” ujar beliau.

Tambahnya, generasi muda seharusnya bergabung tenaga untuk terus membangunkan SABERKAS agar lebih ramai pemimpin berwibawa, berjaya dan berketerampilan dapat dilahirkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepimpinan muda SABERKAS sentiasa mempelbagaikan idea dan aktiviti baharu mengikut trend semasa bagi menggalakkan penyertaan anak muda dalam kegiatan SABERKAS.

Hadir sama Pengerusi SABERKAS Cawangan Pantai Damai Mohd Hasfa Saleh serta dua timbalan pengerusi Merdehi Mas dan Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahman.

  • oleh
  • Advertisement