Anda di sini

Vivian rakam penghargaan atas pengorbanan pasukan barisan hadapan

Advertisement
 Vivian (empat, kiri) ketika menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada pasukan barisan hadapan di Sandakan.
SERAH: Vivian (empat, kiri) ketika menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada pasukan barisan hadapan di Sandakan.

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee mengucapkan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang telah melebihkan kesihatan dan keselamatan rakyat berbanding diri sendiri dalam memerangi wabak COVID-19.

Beliau juga merakamkan ucapan sama kepada rakyat yang peka dan terus mengamalkan prinsip 'kita jaga kita'.

Katanya, selain itu, walaupun sektor perniagaan telah dibuka semula, rakyat juga perlu lebih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar kes COVID-19 boleh dikurangkan dan dihentikan.

Beliau berkata demikian sejurus menyampaikan sumbangan pelitup muka yang diterima daripada individu prihatin, Ricky Tan Hong Min kepada pasukan barisan hadapan di Sandakan.

Selain dari itu, katanya, pejabat Parlimen Sandakan juga telah menerima 50 kotak pelitup muka dari Kelab Stamax yang mana ia akan diberikan kepada murid sekolah golongan B40.

Pelitup muka itu akan diagihkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ditamatkan dan jika sekolah dibenarkan untuk dibuka semula kelak.

Advertisement