Anda di sini

Urusan Ulamak PAS Kalabakan dan negeri Sabah bantu penduduk terjejas

Advertisement
 Ustaz Roslan menyampaikan bantuan itu kepada penduduk terjejas.
BANTUAN: Ustaz Roslan menyampaikan bantuan itu kepada penduduk terjejas.

TAWAU: Urusan Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kalabakan bersama Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah mengambil inisiatif menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas sekitar daerah ini.

Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kalabakan Ustaz Roslan Ramli berkata, untuk fasa pertama ini seramai 38 ketua keluarga menerima bantuan tersebut yang meliputi kawasan Kampung (Kg) Panggangan Koko, Jln Sin Onn, Kg Kongsi 7 dan Bulatan Megah Jaya.

"Pihak kita menyedari ramai dikalangan masyarakat yang terjejas bekalan makanan dan pendapatan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar (PKPDB) di daerah Tawau.

"Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, pihak kita mengambil inisiatif turun padang menyantuni semua penduduk yang dikenal pasti terjejas susulan perintah berkenaan," katanya.

Beliau menggesa para alim ulamak dan badan dakwah supaya turun ke medan masyarakat bagi membantu mereka yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh negara.

"Buat masa ini, kita tidak dapat menyampaikan dakwah dan berjumpa masyarakat dalam ceramah-ceramah di masjid kerana rumah ibadat turut diarah tutup daripada kunjungan jemaah.

"Oleh itu, salah satu jalan untuk berdakwah ialah dengan menyantuni masyarakat melalui turun padang menyampaikan bantuan kebajikan terutamanya penduduk di kampung-kampung," katanya.

Ustaz Roslan berkata, kebanyakan golongan yang terjejas ialah buruh ladang, pembinaan dan yang bekerja di gerai-gerai sekitar kawasan kampung kerana mereka tidak boleh turun bekerja.

"Pihak Urusan Ulamak Pas Kalabakan sangat berterima kasih kepada semua sukarelawan yang turut terlibat dalam misi menyantuni penduduk terjejas kali ini.

"Bantuan yang diberikan hari ini tidak akan terputus, malah kami berusaha mengumpul seberapa ramai lagi dermawan yang akan turut bekerjasama dengan PAS masa akan datang," katanya.

Turut menyampaikan sumbangan itu ialah Ustazah Samsiah Bahron wakil Alumni Sekolah Islamiah Tawau (ASIST) dan Hayati wakil Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) Sri Tahfiz Nadi Al Baghdadi Tawau.



 

  • oleh
  • Advertisement