Anda di sini

Projek BELB bakal manfaat 12 rumah panjang di Sekuau: Gira

Advertisement
 Gira bersama yang lain melakukan simbolik Majlis Pecah Tanah Projek BELB di Rumah Udi, Sekuau.
KEMUDAHAN RAKYAT: Gira bersama yang lain melakukan simbolik Majlis Pecah Tanah Projek BELB di Rumah Udi, Sekuau.

SIBU: Projek Bekalan Elek-trik Luar Bandar (BELB) yang dilaksanakan dengan kos RM14 juta bakal memberikan manfaat kepada penduduk 12 rumah panjang di kawasan penempatan semula Sekuau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata, dana tersebut merupakan sebahagian daripada tiga projek BELB di Batang Oya, Sekuau, Selangau dan Balingian yang keseluruhannya berjumlah RM34 juta.

Projek BELB tersebut akan memberikan manfaat kepada 60 rumah panjang dan lebih kurang 1,018 pintu secara keseluruhannya.

“Program ini adalah untuk merasmikan projek BELB bagi kawasan Sekuau. Projek ini akan memberikan manfaat kepada penduduk di lebih kurang 12 rumah panjang.

“Projek ini dijangka siap pada Mac tahun depan,” ujarnya semasa berucap me-rasmikan Majlis Pecah Tanah Projek BELB di Rumah Udi, Sungai Segurin, Nanga Pakoh, Sekuau baru-baru ini.

Sementara itu, ketika singgah di Rumah Ujang@Rumah Bunya, Sungai Sepasir, Pakoh, Gira telah meluluskan projek membina jalan masuk ke rumah panjang tersebut menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021.

“Saya mencadangkan kepada Kementerian Utiliti supaya rumah panjang ini diberikan projek BELB,” ujarnya.

Manakala, semasa Program Santai BBQ di Rumah Tan, Skim Sekuau, Gira telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk membina tempat letak kereta dan RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang tersebut.

Gira turut melawat tanah runtuh di Rumah Ejan@Rumah Juli di Skim Sekuau.

Dalam lawatan itu, beliau mencadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) agar menjalankan siasatan tapak dan mengemukakan cadangan teknikal untuk mengelakkan kejadian berulang.

“Buat sementara ini, saya arahkan penduduk rumah panjang supaya memasang kanvas bagi mengelakkan tanah tersebut terus runtuh,” ujarnya.

Gira juga menghadiri Maj-lis Kesyukuran Ahli Dewan Negara Senator Rita Serimah Patrick Insol di Rumah Bansa, Jalan Dijih.

Pada majlis tersebut, Gira menyalurkan RM10,000 kepada Biro Wanita Rumah Bansa.

Selain itu, Anita Anthony Ijan mewakili Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menyalurkan bantuan kepada beberapa warga emas.

  • oleh
  • Advertisement