Anda di sini

Penjaja 'bundle sirih' rayu PBT sedia tapak berniaga lebih teratur

Advertisement
 Sebahagian daripada penjaja bundle sirih di kaki lima bangunan kedai pekan Ranau.
PENJAJA: Sebahagian daripada penjaja bundle sirih di kaki lima bangunan kedai pekan Ranau.

RANAU: Para penjaja 'bundle sirih' (tinggaton) sekitar pekan di sini, merayu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menyediakan ruang atau tapak untuk mempamer dan menjual produk 'bundle sirih' mereka secara teratur dan lebih selamat.

Pengerusi Persatuan Bundle Sirih pekan Ranau, Hani Harun dari Kg. Lipasu Ranau memberitahu ahli persatuan itu kini mencecah  60 orang  memohon supaya pihak berkuasa tempatan dapat menentukan tapak kekal untuk para penjaja menjual yang boleh dilihat sebagai lebih teratur dan selamat bukan keadaan seperti yang ada sekarang para penjaja berselerak di kaki-kaki lima bangunan kedai, agak menjijikkan mata memandang di kalangan pelacong luar.

"Pada masa lalu persatuan ini pernah ditawarkan tapak untuk menempatkan para penjaja  di ruang luar bangunan Pejabat UMNO Ranau tapi hingga kini tiada realitinya," jelas Hani.

"Saya juga menyokong supaya para penjaja bundle di sini diberikan tapak yang sesuai," jelas salah seorang pengunjung pekan Ranau, Aspal Suib, 68, dari Kg.Lohan 1.

Dua penjaja bundle Sirih yang sempat ditemui, Saluyah Ibrahim, 54, dari Kg.Tamalang Ranau dan Rahimah Latif, 57, dari Kg. Lipasu Lama Ranau, turut mengharapkan pihak PBT dan MDR dengan sokongan para pemimpin setempat agar dapat membantu para peniaga (ahli persatuan)  untuk meneruskan perniagaan meskipun secara kecil-kecilan.

"Kami berkeyakinan dengan keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu membantu menyelesaikan masalah kami yang beroperasi sudah sekian lama memanfaatkan ruang kaki lima bangunan kedai pekan Ranau dan kurang sesuai dipandang mata para pelancong dari dalam dan luar negeri," tambah Rahimah.

Advertisement