Anda di sini

Kursus jurulatih senamrobik berjalan lancar

Advertisement
 Talib (dua kanan) menyampaikan sijil tamat kursus kepada peserta di Bintulu kelmarin.
TAMAT: Talib (dua kanan) menyampaikan sijil tamat kursus kepada peserta di Bintulu kelmarin.

BINTULU: Kursus Asas Jurulatih Senamrobik 2020 diadakan dengan jayanya melibatkan penyertaan ramai peserta pelbagai peringkat umur di Dewan Suarah Bintulu, petang kelmarin.

Acara penutupan kursus itu disempurnakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Pengisian kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak itu membabitkan aktiviti pengajaran pelbagai teknik, pemanasan dan regangan serta variasi dalam senaman.

Advertisement