Anda di sini

Jonnybone salur insentif 'reload' pembelajaran atas talian pelajar

Advertisement
 Silvestre (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pejabat PPD Telupid.
SUMBANGAN: Silvestre (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pejabat PPD Telupid.

TELUPID: Pembelajaran atas talian pelajar Tingkatan Lima dan Enam di Daerah Tongod dan Telupid mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid Jonnybone J Kurum.

Pegawai Pejabat ADUN Telupid Silvestre Amat berkata, insentif itu disampaikan dalam bentuk sumbangan ikhlas wang tunai untuk membeli 'reload' bagi keperluan pembelajaran atas talian para pelajar.

"Sumbangan itu diberikan melalui Program Prihatin pembelajaran dari rumah," katanya.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, kalangan pelajar dipersiapkan dengan pembelajaran atas talian oleh pihak sekolah untuk memastikan pembelajaran berterusan.

Silvestre menjelaskan, pihak ADUN Telupid juga menyalurkan sumbangan tiga pengimbas suhu inframerah untuk kegunaan pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah terlibat.

Beliau menyampaikan sumbangan berkenaan kepada pegawai bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Telupid.


 

  • oleh
  • Advertisement