Anda di sini

Agihan bekalan makanan penduduk Felda Umas-Umas selesai dua hari  

Advertisement
 Petugas PKOB sudah mula mengagihkan bekalan makanan tersebut secara berperingkat.
BANTUAN : Petugas PKOB sudah mula mengagihkan bekalan makanan tersebut secara berperingkat.

KALABAKAN : Pengagihan bantuan bekalan makanan untuk 1,850 penduduk Felda Umas-Umas dijangka selesai dalam tempoh dua hari.

Terdahulu, penduduk Felda Umas-Umas kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan semua laluan di kawasan tersebut dikawal ketat menggunakan kawad berduri bagi mengelak pergerakan keluar masuk penduduk.

Pegawai Daerah Kalabakan, Rashid Abd Harun berkata pengagihan bantuan bekalan makanan itu sudah bermula hari ini (semalam) secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kami menjangkakan semua penduduk di sini akan menerima bantuan tersebut selewat-lewatnya esok dan meminta mereka bersabar kerana terdapat kekangan dari segi jumlah petugas yang dibenarkan,"katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Menurutnya, daerah Kalabakan mendapat bantuan RM1 juta daripada kerjaan negeri untuk bakul makanan yang diagihkan kepada penduduk terjejas di daerah ini.

 Bekalan makanan yang siap dibungkus untuk diagihkan kepada penduduk Felda Umas-Umas.
BUNGKUS : Bekalan makanan yang siap dibungkus untuk diagihkan kepada penduduk Felda Umas-Umas.

"Pejabat Daerah yang bertindak sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan mengurus semua bantuan untuk penduduk di daerah Kalabakan,"katanya.

Utusan Borneo kelmarin melaporkan penduduk di Felda Umas-Umas merayu bantuan disalurkan dengan segera kerana terputus bekalan makanan selepas empat hari pelaksanaan PKPD di kawasan itu.

Penduduk juga meminta selain daripada bekalan makanan, mereka juga merayu supaya pihak PKOB memberikan bantuan berbentuk susu formula bayi dan lampin pakai buang.

Difahamkan juga, penduduk di situ tidak sempat keluar berbelanja apabila PKPD diumum dalam masa yang singkat sebelum dilaksana di kawasan itu.

Keluhan tersebut mendapat reaksi positif daripada pengerusi PKOB yang bertindak menyegerakan bantuan bakul makanan tersebut yang diagihkan bermula tadi (semalam).

  • oleh
  • Advertisement