Anda di sini

Tempoh operasi beberapa perniagaan terpilih dilanjutkan sehingga 8 malam

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kerajaan telah membenarkan tempoh masa perniagaan terpilih dilanjutkan sehingga 8 malam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada 14 Oktober lalu tempoh masa beroperasi ditetapkan adalah bermula dari 6 pagi sehingga 6 petang.

"Bagaimanapun, bermula pada 17 Oktober ini, tempoh operasi dibenarkan sehingga 8 malam dengan lanjutan dua jam. Tempoh masa operasi baharu adalah dari 6 pagi sehingga 8 malam.

"Tempoh masa itu hanya digunapakai oleh premis seperti restoran, farmasi, kedai serbaneka dan stesen minyak," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pelanjutan tempoh masa operasi ini tidak termasuk untuk mini market, kedai runcit, supermarket dan hypermarket

Sementara itu, Masidi menjelaskan pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar sedang berjalan lancar.

"Sehingga hari ini (16 Oktober) , 35,672 bakul makanan telah diagihkan. Semua penduduk negeri Sabah adalah diperingatkan untuk sentiasa peka  dengan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa. 

"Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian COVID-19," katanya.

  • oleh
  • Advertisement