Anda di sini

PERKESO Sibu santuni balu mangsa lemas setelah terjatuh dari bot ekspres

Advertisement
 Tan (dua kiri) secara simbolik menyerahkan cek untuk pengebumian kepada Mary sambil disaksikan oleh Robinson (kiri) serta lain di Sibu, semalam.
BANTU: Tan (dua kiri) secara simbolik menyerahkan cek untuk pengebumian kepada Mary sambil disaksikan oleh Robinson (kiri) serta lain di Sibu, semalam.

SIBU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Cawangan Sibu melalui Skuad PERKESO Prihatin tampil meringankan beban Mary Chandi Janting, balu kepada mendiang Neckson Entinggi Isek yang dilaporkan mati lemas setelah terjatuh dari sebuah bot ekspres di sini pada Isnin lalu.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan itu diadakan di Pejabat PERKESO Cawangan Sibu di sini, semalam.

Menurut Pengurus PERKESO Cawangan Sibu Tan Phang Chia, skuad tersebut secara proaktif telah merujuk liputan di media sosial dan surat khabar untuk menghubungi isteri mangsa.

Beliau berkata, kes itu disiasat oleh Pegawai Eksekutif PERKESO Cawangan Sibu, Robinson Jellie.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai tanggungan sehingga layak untuk menerima sumbangan faedah berserta faedah pengebumian mangsa.

“Balu mangsa memberitahu mangsa bersama bapa mentuanya menaiki bot ekspres dari Rumah Francis Kiai, Nanga Singat ke Sibu untuk berurusan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini.

“Menurut bapa mentuanya, mangsa terjatuh ke sungai ketika hendak turun dari bot ekspres,” katanya.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan bayi dua bulan, tambahnya.

Advertisement