Anda di sini

Kejohanan Futsal Tertutup pada 7-8 Nov

Advertisement
 Frederick (kiri) dan Bulhaji (kanan) berbincang bersama Ameran, semalam.
KERJASAMA: Frederick (kiri) dan Bulhaji (kanan) berbincang bersama Ameran, semalam.

LIMBANG: Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri, Bahagian Limbang bagi menjayakan Kejohanan Futsal Tertutup Piala  Datuk Dr Abdul Rahman semalam.

Timbalan Presiden LFA, Frederick Lalung berkata Kejohanan Futsal Tertutup Limbang bakal diadakan selama dua hari di Stadium Tertutup Limbang bermula pada 7 dan 8 November depan.

“Kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Limbang  ini penting bagi melancarkan dan menjayakan Kejohanan Futsal Tertutup Limbang dianjurkan LFA,”katanya di sini semalam.

Lawatan kerja LFA ke Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Bahagian Limbang disambut mesra Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Negeri Bahagian Limbang, Ameran Meramit.

Turut sama Naib Presiden LFA, Bulhaji Wahab.

Kejohanan Futsal Tertutup Piala Datuk Dr Abdul Rahman melibatkan kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun (lelaki).

Juara bagi kategori lelaki akan menerima RM1,000, kedua dan ketiga bersama masing-masing membawa pulang RM700 dan RM400.

Manakala juara kategori wanita menerima RM800, kedua (RM500) dan ketiga bersama menerima RM300.

Sementara itu, bagi kategori kanak-kanak bawah 12 tahun (lelaki), juara membawa pulang RM300, kedua dan ketiga bersama masing-masing menerima RM200 dan RM150.

Advertisement