Anda di sini

Bekas menteri pertahanan Mexico ditangkap di AS

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 8 Januari 2016 kelihatan Presiden Mexico Enrique Pena Nieto (kiri) mengucapkan tahniah kepada Salvador Cienfuegos Zepeda selepas ucapan mengenai penawanan semula raja dadah Joaquin Guzman Loera, dikenali  ‘El Chapo’, di Bandar Mexico. Cienfuegos telah ditahan Amerika Syarikat  bagi dakwaan tak dinyatakan. — Gambar AFP
DITAHAN: Gambar fail bertarikh 8 Januari 2016 kelihatan Presiden Mexico Enrique Pena Nieto (kiri) mengucapkan tahniah kepada Salvador Cienfuegos Zepeda selepas ucapan mengenai penawanan semula raja dadah Joaquin Guzman Loera, dikenali ‘El Chapo’, di Bandar Mexico. Cienfuegos telah ditahan Amerika Syarikat bagi dakwaan tak dinyatakan. — Gambar AFP

KOTA MEXICO: Bekas menteri pertahanan Mexico Salvador Cienfuegos telah ditangkap di Amerika Syarikat bagi dakwaan yang tidak dinyatakan, menurut Menteri Luar Negara kelmarin.

Ebrard menyatakan di dalam Twitter bahawa beliau telah dimaklumkan oleh duta AS ke Mexico, Christopher Landau, bahawa Cienfuegos, yang merupakan ketua pertahanan dari tahun 2012-2018, telah ditahan di lapangan terbang Los Angeles.

“Pihak konsul di Los Angeles akan memaklumkan saya mengenai dakwaan dalam tempoh beberapa jam akan datang. Kami akan menawarkan bantuan konsular yang mana beliau layak untuk perolehi.”

Cienfuegos mengetuai kementerian pertahanan di bawah bekas presiden Enrique Pena Nieto.

Beliau merupakan bekas menteri Mexico yang kedua telah ditahan di Amerika Syarikat.

Bekas menteri keselamatan awam Genaro Garcia Luna telah ditangkap di Texas pada Disember 2019 dengan dakwaan menerima rasuah yang besar untuk membenarkan kartel berbahaya Sinaloa menghantar dadah ke AS. — AFP

Advertisement