Anda di sini

Al-Attiyah sasar dua kejuaraan pada 2021

Advertisement
 Nasser al-Attiyah bergambar dengan jentera Volkswagen Polo GTI R5 miliknya semasa sesi temu ramah dengan AFP menjelang perlumbaan Rali Cypurs. — Gambar AFP
BERWAWASAN: Nasser al-Attiyah bergambar dengan jentera Volkswagen Polo GTI R5 miliknya semasa sesi temu ramah dengan AFP menjelang perlumbaan Rali Cypurs. — Gambar AFP

NICOSIA: Peserta pelbagai sukan dari Qatar, Nasser al-Attiyah, pemenang Rali Dakar sebanyak tiga kali, dan seorang pemenang pingat gangsa dalam sukan menembak ‘skeet’ Olimpik, ada cita-cita untuk mencapai dua kejuaraan pada 2021.

Al-Attiyah, yang memenangi kelas kereta dalam Rali Dakar pada 2011, 2015 dan 2019, merancang cabaran baharu pada Januari apabila perlumbaan yang meletihkan itu diadakan di Arab Saudi buat tahun kedua berturut-turut.

Enam bulan kemudian dia mahu beraksi di Olimpik Tokyo di mana acara menembak ‘skeet’ dijadualkan pada minggu terakhir di bulan Julai.

“Selepas tidak memandu selama lapan bulan, sekarang kami bermula lagi dengan sangat kuat. Kami memenangi rali Andalusia yang sewajarnya pada minggu lepas. Semua peserta ada di sana untuk bersiap sedia bagi Dakar. Saya rasa kami ada peluang yang baik bagi edisi kedua di Arab Saudi dan matlamat kami adalah untuk menang.”

Al-Attiyah, 49, mengenal pasti Carlos Sainz, 58, dan Stephane Peterhansel, 55, sebagai pencabar utamanya.

“Saya rasa pertandingan adalah di antar tiga orang ini jika kami tidak mengalami masalah mekanikal,” katanya kepada AFP.

“Saya lebih muda daripada Carlos dan Stephane, yang memberikan sedikit kelebihan kepada saya. Seperti apa yang kita lihat dalam Rali Andalusia, saya lebih mengawal perlumbaan. Tetapi sudah tentulah Rali daka ada keadaan dan kejutannya.”

Dia telah menubuhkan sebuah akademi rali di Sepanyol untuk menurunkan ilmu pengetahuannya kepada generasi pada masa depan – dan bukan hanya pemandu sahaja.

“Saya telah membeli sebuah ladang di Barcelona, dan saya amat suka sekali di sana,” katanya.

“Generasi akan lulus, bukan hanya pemandu sahaja, tetapi juga jurutera dan mekanik, ia adalah sama dengan sebuah universiti.”

Ladang itu juga adalah tempat di mana dia berlatih dalam sukan tembakan ‘skeet’. Dia sudah menembak dalam enam Olimpik, dan memenangi pingat gangsa di Sukan London pada 2012.

“Saya akan bersedia untuk Olimpik pada 2021. Insyaallah, prestasi dijangka bagus,” katanya.

“Matlamat kita adalah pingat emas dan untuk mewakili negara saya dan dunia Arab.”

Al Attiyah berkata minat mendalamnya kepada sukan memastikan dia sentiasa kompetitif.

“Apabila anda amat menyukai sesuatu, anda memberikannya dari hati anda,” katanya. — AFP

Advertisement