Anda di sini

Penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok cetus kebimbangan berlaku konfrontasi

Advertisement
 Ribuan penunjuk perasaan prodemokrasi mengambil bahagian dalam perhimpunan antikerajaan di Monumen Demokrasi di Bangkok semalam. — Gambar AFP
PROTES ANTIKERAJAAN: Ribuan penunjuk perasaan prodemokrasi mengambil bahagian dalam perhimpunan antikerajaan di Monumen Demokrasi di Bangkok semalam. — Gambar AFP

BANGKOK: Penunjuk pe-rasaan antikerajaan berhimpun di Monumen Demokrasi di Bangkok sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku konfrontasi dengan kumpulan penyokong kerajaan, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Kumpulan Khana Ratsa-don, yang disertai rakyat dan mahasiswa prodemokrasi berkumpul untuk meng-adakan tunjuk perasaan besar-besaran semalam sempena ulang tahun ke-47 pemberontakan 1973.

Mereka menuntut Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha berundur selain pembukaan sesi parlimen khas untuk meluluskan pin-daan rang undang-undang mengenai sektor awam dan reformasi monarki.

Kumpulan berkenaan me-rancang untuk berarak ke Rumah Kerajaan pada jam 4 petang.

Sementara itu, kumpulan penyokong setia kerajaan berhimpun di sekitar laluan di Ratchadamnoen Avenue, pada petang semalam ketika Raja Maha Vajiralongkorn dijadual mempengerusikan istiadat konvokesyen sarja-na Pali di Kuil Buddha Zamrud.

Lebih 14,000 anggota polis dikerahkan untuk menjaga ketenteraman dan kese-lamatan.

Ketegangan antara polis dan penunjuk perasaan memuncak kelmarin apabila 21 penunjuk perasaan, termasuk seorang aktivis berprofil tinggi, Jatupat “Pai Daodin” Boonpata-raraksa ditahan ketika mereka mendirikan khemah di depan Sekolah Satriwithaya sebagai persiapan untuk mengadakan perhimpunan.

Timbalan jurucakap polis Kolonel Kissana Phathanacharoen berkata penunjuk perasaan ditahan kerana melakukan banyak kesalahan, termasuk menganjur-kan perhimpunan tanpa kebenaran.

Mereka ditahan di balai polis Pathum Thani dan  dibawa ke Mahkamah Jenayah di Ratchadapisek semalam untuk menda-patkan perintah tahanan. — Bernama  

Advertisement