Anda di sini

Argentina buka semula sekolah secara berperingkat

Advertisement
 Sekumpulan pelajar tahun akhir sedang mengikuti kelas di pekarangan sekolah di Buenos Aires kelmarin. — Gambar AFP
KEMBALI BERSEKOLAH: Sekumpulan pelajar tahun akhir sedang mengikuti kelas di pekarangan sekolah di Buenos Aires kelmarin. — Gambar AFP

BUENOS AIRES: Sekolah-sekolah di ibu kota Argentina mula dibuka semula kelmarin sebagai sebahagian daripada pengembalian secara ber-peringkat ke kelas pembelajaran secara langsung di tengah pandemik.

Para pelajar tahun akhir di kira-kira 12 sekolah awam di Buenos Aires telah kembali semula ke sekolah, lapor pejabat datuk bandar.

“Ini adalah satu langkah yang sangat penting, menyelaraskan sekolah bagi menutup satu peringkat utama dalam kehidupan pendidikan mereka,” kata timbalan datuk bandar Diego Santilli.

Segelintir pelajar sekolah rendah dijangka akan me-nyambung semula kelas pada minggu depan.

“Antara pengurusan sekolah swasta dan negara, 70,000 budak lelaki dan perempuan akan dapat kembali menghadiri kelas secara bersemuka yang akan melengkapkan ruang maya,” kata Soledad Acuna, pegawai kanan pendidikan di Buenos Aires.

Kelas-kelas akan diada-kan di pekarangan terbuka dan dalam sebuah “gelembung” terdiri dari 10 pelajar dalam setiap kumpulan, bagi menghalang sebarang wabak merebak di luar lingkungan tersebut, jelas pihak berkuasa sekolah.

Kesatuan utama guru-guru telah membantah keputusan untuk membuka semula sekolah, sekalipun tidak sepenuhnya.

Kesatuan ADEMYS me-nuntut pihak berkuasa bandar menyediakan komputer dan sambungan Internet kepada pelajar miskin yang tidak mampu untuk terus berhubung dengan sekolah mereka.

“Selagi pandemik ber-terusan, selagi virus masih lagi menular dalam komuniti, kami tidak akan kembali untuk persekolahan secara langsung atau sebarang aktiviti secara peribadi,” kata kesa-tuan itu dalam satu kenyataan yang menyeru untuk mogok kelmarin dan semalam.

Kelas-kelas secara langsung ditangguhkan di Argen-tina pada 15 Mac, sejurus selepas bermulanya tahun persekolahan bagi hemisfera selatan.

Sejak itu, kelas-kelas dite-ruskan secara maya melalui Zoom dan platform Internet yang lain. — AFP

Advertisement