Anda di sini

Penduduk rumah panjang terputus hubungan akibat tanah runtuh di Debak

Advertisement
Keadaan tanah runtuh yang menutupi jalan raya tersebut sehingga menyebabkan tiada kenderaan dapat melaluinya. - Gambar ihsan APM
Keadaan tanah runtuh yang menutupi jalan raya tersebut sehingga menyebabkan tiada kenderaan dapat melaluinya. - Gambar ihsan APM

BETONG: Kira-kira 120 penduduk rumah panjang Nanga Ulai terputus hubungan apabila jalan raya terjejas kejadian tanah runtuh di Nanga Tot di Debak, dekat sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Betong, Mackinly Jores berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 8.30 pagi dipercayai disebabkan hujan lebat.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh itu menyebabkan jalan raya tersebut tidak dapat dilalui sehingga kerja-kerja pembersihan dilaksanakan.

"Terdapat sebuah rumah panjang (Nanga Ulai) yang terputus hubungan dan tiada jalan alternatif lain.

"Rumah panjang tersebut dihuni oleh 20 buah keluarga dengan jumlah penduduk seramai 120 orang," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

  • oleh
  • Advertisement